Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Geng ‘Ayahanda Yie Tiger 99’ Sebak, Kekal Dipenjara Lima Tahun

Makkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman penjara lima tahun terhadap 14 ahli kumpulan jenayah terancang ‘Ayahanda Yie Tiger 99’ termasuk seorang bekas atlet Muay Thai negara, hari ini.

Keputusan itu dibuat berikutan panel tiga hakim yang diketuai Datuk Hanipad Farikullah sebulat suara menolak rayuan pendakwaan terhadap hukuman penjara.

Difahamkan, tiada alasan untuk mahkamah mengubah atau mencampuri keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Mac 2021 dan Mac 2022 setelah mengambil faktor kepentingan awam.

“Setelah membaca dan mendengar hujahan lisan, kami mendapati Hakim Mahkamah Tinggi tidak terkhilaf dalam keputusan beliau.
“Kami juga mendapati hakim berkenaan telah memperincikan faktor-faktor dalam menjatuhkan hukuman lima tahun, termasuk mengambil kira faktor kepentingan awam.
“Sehubungan itu, rayuan ditolak dan hukuman penjara lima tahun dari tarikh tangkap dikekalkan,”kata hakim.

Kesemua tertuduh dengan tangan bergari kelihatan sebak sambil mengucapkan “Alhamdulillah” sebaik sahaja hukuman tersebut dibacakan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mereka yang tertuduh ialah Mohd Faizal Ramli (bekas Atlet Muay Thai negara di Sukan SEA Myanmar), Mohamad Japri Abu Samah, Astro Jakaria, Nuriasbat Mohd Maamon, Edi Narsuna Nizar, Muhammad Faris Yusoff, Muhamad Fakhrurazi Ali, Mohamad Sharfiq Mohamed Ali, Mohamad Noor Helmie Zanal Abidin, W Mohd Ihsan W Razali@W Husin, Rustam Tanni, Azukismi Che Abdullah, Nik Arzahar Nik Mat serta Masyre Mohamed Narizan yang berusia antara 27 hingga 46 tahun.

Terdahulu, kesemua tertuduh yang ditahankan pada 2020, 2021 dan 2022 mengaku bersalah atas dakwaan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang ‘Ayahanda Yie Tiger 99’ di sebuah premis di Jalan Sentul, Pandamaran, Pelabuhan Klang, antara Mei 2017 hingga 22 Jan 2020.

Pendakwaan tersebut dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Aznee Salmie Ahmad dan Khairul Aisamuddin Abdul Rahman, manakala peguam S.Sathyaimi Abdul Kadir, S.Sathya, Lee Win Xu, A.Komathi, Izzat Irfan Taib, Zaleha Hayat, Lailawati Husain dan Fazilawati Hussain mewakili kesemua individu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dari lima tahun dan tidak melebihi 20 tahun.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Astro Awani

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan kekecewaan terhadap sikap segelintir pihak dalam kancah bola sepak...

Spotlight

Pelakon sensasi Indonesia, Jefri Nichol masih teruna dan akui hilang tawaran kerja melibatkan kerjasama dengan beberapa jenama terkenal susulan dakwaan meniduri lebih 20 wanita....

Bisnes

Malaysia sekali lagi menjadi tumpuan global setelah Gamuda Bhd iaitu syarikat pembinaan terkemuka negara dilaporkan menjual tanah seluas 389 ekar di Port Dickson kepada...

Spotlight

Pelakon terkenal Indonesia, Luna Maya sah bergelar isteri apabila selamat bernikah dengan aktor Maxime Bouttier dalam sebuah majlis gilang gemilang yang diadakan di Bali,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd