Hari ini memasuki hari kelima operasi mencari dan menyelamat mangsa gempa bumi yang berlaku di selatan Turkiye dan utara Syria sedang giat dilakukan.
Sehingga ke hari ini, ratusan ribu mangsa telah kehilangan tempat tinggal dan terkorban dalam runtuhan bangunan akibat gegaran gempa bermagnitud 7.8 yang berlaku pada Isnin pagi.
Pelbagai usaha dilakukan dan banyak pihak di serata dunia menghulurkan bantuan bagi memudahkan dan membantu pencarian mangsa termasuk Malaysia menghantar pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART).
Terperangkap 4 hari, lelaki terpaksa minum air kencing sendiri
Terbaharu, seorang lelaki ditemui selamat selepas empat hari terperangkap di bawah runtuhan di bandar Gaziantep, Turkiye.
Sewaktu ditemui dan ditanya oleh wartawan, mangsa dikenali Adnan Muhammad Korkut, 17, memberitahu dia terpaksa minum air kencing sendiri sepanjang empat hari terperangkap.
“Saya pergi ke tandas dan saya minum air kencing sendiri. Saya dapat bertahan kerana cara itu, terima kasih kepada Tuhan.”ujarnya sementara menunggu bantuan daripada anggota penyelamat.
Terperangkat di tingkat bawah tanah…
Berkongsi detik sukar itu, Adnan menambah dia terperangkap di tingkat bawah tanah sebuah bangunan tetapi mempunyai ruang untuk bergerak.
Dalam pada itu, Adnan meluahkan kesyukuran kerana pasukan SAR menemuinya walaupun mengakui sedikit cemas apabila mereka menggunakan jengkaut untuk mencari mangsa.
Bagaimanapun, pekerja kemudian menghentikan penggalian selepas mendengar pergerakannya.
“Saya hanya menanti kamu semua untuk tiba, sendirian. Alhamdulillah kerana anda tiba… terima kasih kepada semua,”luahnya.
Bagaimanapun, pekerja kemudian menghentikan penggalian selepas mendengar pergerakannya.
Sementara itu, salah seorang anggota SAR dikenali Yasemin mengakui sudah tidak tidur selama empat hari bagi menyelamatkan Adnan apabila memikirkan dia mempuyai anak seperti remaja berkenaan.
“Saya bersumpah dengan awak, saya sudah empat hari tidak tidur. Saya bersumpah saya tidak tidur, saya cuba untuk mengeluarkan awak. Saya sangat sayangkan awak.
“Saya mempunyai seorang anak lelaki seperti anda,” katanya kepadanya sambil memeluk Adnan.
Setakat ini, dilaporkan kejadia itu telah meragut lebih 21,000 nyawa di Turkiya dan Syria.
Sumber: YouTube TRT World,