Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pekerja Tak Tutup Aurat, Pengusaha Premis Dikenakan Kompaun!

Seramai 51 pengusaha premis perniagaan dikenakan kompaun oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI).

Memetik laporan Kosmo! Online, mereka dikenakan kompaun atas kesalahan membiarkan pekerja wanita tidak menutup aurat secara sempurna sepanjang tahun lalu.

Yang Dipertuanya, Rosnazli Amin berkata, kesemua pengusaha yang dikenakan kompaun menerusi operasi khas itu adalah tidak menepati aurat seperti memakai baju tee berlengan pendek dan terlalu ketat.

Susulan itu, pihak MPKB-BRI mengenakan kompaun maksimum sebanyak RM500 kepada pengusaha premis selain menyatakan mengalami peningkatan berbanding pada tahun lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kita mengeluarkan kompaun maksimum sebanyak RM500 kepada pengusaha tersebut di bawah Undang-Undang Kecil Tred Perniagaan, Perniagaan dan Perindustrian MPKB-BRI bagi kesalahan tidak menutup aurat dan berpakaian tidak sopan.
“Bagi tahun 2021 pula, sebanyak 35 kompaun dikeluarkan kepada pengusaha premis perniagaan atas kesalahan itu. Jumlah itu menunjukkan peningkatan pada tahun lalu,” katanya.

Prihatin dengan soal aurat seseorang, Rosnazli berkata, kakitangan Jabatan Pembangunan Islam, MPKB-BRI kini sedang mempergiat semula operasi dengan memberi nasihat kepada para pekerja di premis perniagaan.

Katanya lagi, tindakan mengenakan kompaun tersebut adalah bertujuan mengingati mereka agar menutup aurat secara sempurna dan berpakain sopan kepada wanita bukan Islam sedang digiatkan

“Usaha orang ramai terutamanya wanita di Kota Bharu untuk menutup aurat sudah boleh dipuji. Tetapi, pemahaman sebenar mengenai had atau batasan aurat seharusnya benar-benar dipatuhi.
“Masih ada wanita yang keliru apabila memakai tudung, namun berpakaian terlalu ketat dan berlengan pendek,” katanya.

Sekadar info, Kelantan merupakan sebuah negeri yang mewajibkan rakyat menutup aurat dengan sempurna terutama wanita Islam agar bertudung, tidak berpakaian ketat atau menjolok mata.

Sumber: Kosmo! Online (Rosliza Mohamed)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Spotlight

Kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 telah berjaya terbang ke Manila, Filipina, pada Sabtu dan Ahad lalu bagi konsert jelajah Asia yang mendapat sambutan luar biasa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd