Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Indonesia Kecam, Imigresen Malaysia Gempur Penempatan Haram PATI di Nilai

Tindakan pegawai Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sembilan (JIMNS) membuat serbuan membanteras pendatang asing tanpa izin (PATI) di Nilai Spring, Negeri Sembilan pada Rabu lalu mendapat perhatian ramai.

Meskipun ramai memuji tindakan yang dibuat oleh JIMNS kerana ‘menyah’ mereka daripada terus menetap secara ‘haram’, namun ada pihak yang tidak senang seperti Komisi Nasional Hak Asasi Manusia (Komnas HAM) Indonesia.

Salah sebab langgar prinsip hak asasi manusia

Memetik laporan Sinar Harian, Komnas HAM mengecam serbuan yang dilakukan oleh JIMNS kerana dikatakan sudah melanggar prinsip Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat, Konvensyen Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW) dan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC).

Katanya, pihak JIMNS melakukan serbuan semasa Malaysia masih melaksanakan program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) 2.0, yang mengatur semula pendatang tanpa izin sebagai pekerja asing yang sah.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Merujuk kepada CRC, penahanan kanak-kanak mesti mematuhi undang-undang dan harus digunakan sebagai langkah terakhir dan untuk masa yang sesingkat mungkin.
“Penahanan dalam konteks kanak-kanak bercanggah dengan undang-undang, dalam kes ini, kanak-kanak berkenaan bukanlah pelanggar undang-undang,”menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, pihak Komnas HAM turut memaklumkan kanak-kanak tersebut tidak mendapat hak mereka untuk mendapatkan pendidikan formal biarpun status ibu bapa adalah PATI.

Terdahulu, media melaporkan seramai 67 PATI termasuk bayi berusia dua bulan serta kanak-kanak pada usia persekolahan pada umur persekolahan lain yang sedang bersedia untuk integrasi dengan sistem sekolah kebangsaan Indonesia sebaik mereka pulang secara tetap.

Antara kesalahan yang dikenal pasti adalah tiada dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa, dan lain-lain kesalahan yang melanggar Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Operasi dijalankan selepas terdapat aduan dan maklumat orang awam dan kesemua tahanan itu ditempatkan di Depot Imigresen Lenggeng bagi tujuan siasatan dan tindakan lanjut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Sinar Harian (Nilam Nur Atikah Oshman)

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan kekecewaan terhadap sikap segelintir pihak dalam kancah bola sepak...

Bisnes

Malaysia sekali lagi menjadi tumpuan global setelah Gamuda Bhd iaitu syarikat pembinaan terkemuka negara dilaporkan menjual tanah seluas 389 ekar di Port Dickson kepada...

Spotlight

Pelakon terkenal Indonesia, Luna Maya sah bergelar isteri apabila selamat bernikah dengan aktor Maxime Bouttier dalam sebuah majlis gilang gemilang yang diadakan di Bali,...

Spotlight

Pengumuman konsert jelajah kumpulan K-pop terkenal, Blackpink yang akan diadakan pada musim panas ini telah menerima pelbagai reaksi daripada warganet. Peminat kesal tiket konsert...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd