Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Tuah Miliki Wajah Mirip Vin Diesel, Lelaki Thailand Ini Terkenal Serata Dunia

Wajahnya mirip seperti pelakon Hollywood terkenal, Vin Diesel telah menyebabkan seorang lelaki Thailand yang dikenali sebagai Atid Modifai menjadi tular serta popular di laman sosial dalam sekelip mata.

Menerusi laman Facebook milik Atid Modifai, dia yang sering memuat naik beberapa keping gambar dan video mengikut gaya penampilan seperti pelakon Fast & Furious itu juga telah berjaya menarik perhatian netizen.

Pose dan mimik sangat tepat

Malah, netizen turut menyifatkan bentuk badan serta mimik setiap gambar yang diambil oleh pemuda itu sangat menyerupai pelakon Vin Diesel atau lebih dikenali sebagai Dominic Toretto dalam filem yang pernah mendapat sambutan hangat dalam kalangan netizen.

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bukan itu sahaja, dia juga sering mengambil gambar bersama kereta berwarna hitam dan menyuntingnya dengan menggunakan grafik ‘The Fate of The Fast Furious’ yang dilakukannya untuk tujuan hiburan serta sindiran.

Sumber: SAYS, Facebook (อาทิตย์ โมดิฟาย)

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan kekecewaan terhadap sikap segelintir pihak dalam kancah bola sepak...

Bisnes

Malaysia sekali lagi menjadi tumpuan global setelah Gamuda Bhd iaitu syarikat pembinaan terkemuka negara dilaporkan menjual tanah seluas 389 ekar di Port Dickson kepada...

Spotlight

Pelakon terkenal Indonesia, Luna Maya sah bergelar isteri apabila selamat bernikah dengan aktor Maxime Bouttier dalam sebuah majlis gilang gemilang yang diadakan di Bali,...

Spotlight

Pengumuman konsert jelajah kumpulan K-pop terkenal, Blackpink yang akan diadakan pada musim panas ini telah menerima pelbagai reaksi daripada warganet. Peminat kesal tiket konsert...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd