Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tiada Niat Hilangkan Diri, Penuntut UPM Cuma Mahu Ketenangan

Penuntut Universiti Putra Malaysia (UPM) yang dilaporkan hilang selepas menunaikan solat Jumaat minggu lalu ditemui selamat di Terminal Bas Larkin Sentral, Johor, semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner AA Anbalagan berkata, pelajar tersebut dikenali Mohd. Irfan Hakimi sudah dibawa pulang oleh bapanya ke rumah mereka yang terletak di Sabak Bernam, Selangor.

“Orang hilang telah dijumpai di Stesen Bas Larkin pada pukul 5 petang semalam.
“Bapanya sudah bawa balik ke rumahnya di Selangor,” katanya.

Bukan hilang tapi nak cari ketenangan hadapi exam je!

Terbaharu, pemuda berusia 22 tahun itu memberitahu dia hanya ingin mencari ketenangan sahaja sebelum menghadapi peperiksaan.

AA Anbalagan berkata, kehilangan penuntut berkenaan tidak mempunyai kaitan dengan unsur jenayah, malah tiada sebarang kecederaan ditemui.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Siasatan lanjut mendapati, dia ke Johor Bahru bagi menenangkan fikiran untuk menghadapi peperiksaan, tiada unsur jenayah dalam kejadian orang hilang ini,”katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, media melaporkan penuntut berkenaan berjaya dikesan berada di sekitar daerah Johor Bahru berdasarkan rekod transaksi kad debit miliknya.

Dia juga dilihat bersama-sama seorang individu lain dipercayai rakannya berdasarkan hasil semakan kamera litar tertutup (CCTV) di premis berhampiran.

Sumber: Harian Metro (Hafidzul Hilmi Mohd Noor)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan kekecewaan terhadap sikap segelintir pihak dalam kancah bola sepak...

Spotlight

Pelakon sensasi Indonesia, Jefri Nichol masih teruna dan akui hilang tawaran kerja melibatkan kerjasama dengan beberapa jenama terkenal susulan dakwaan meniduri lebih 20 wanita....

Bisnes

Malaysia sekali lagi menjadi tumpuan global setelah Gamuda Bhd iaitu syarikat pembinaan terkemuka negara dilaporkan menjual tanah seluas 389 ekar di Port Dickson kepada...

Spotlight

Pelakon terkenal Indonesia, Luna Maya sah bergelar isteri apabila selamat bernikah dengan aktor Maxime Bouttier dalam sebuah majlis gilang gemilang yang diadakan di Bali,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd