Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern mengumumkan perletakan jawatannya menerusi satu kenyataan tergembar di laman Facebook sebentar tadi.
Menerusi kenyataan tersebut, Arden merasakan sudah tiba masanya beliau mengundur diri kerana tiada keupayaan lagi untuk menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin negera berkenaan.
“Hari ini, saya umumkan saya meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri. Ini kerana tugas ini memerlukan tanggungjawab iaitu mengetahui adakah saya orang yang tepat untuk mempimpin dan sedar sudah tiba masanya untuk berundur.
“Saya tahu apa yang diperlukan untuk menggalas jawatan ini. Dan, saya tahu saya tiada keupayaan untuk menjalankan tanggungjawab tersebut. Ia semudah itu,”jelasnya.
Beliau turut berkali-kali menekankan sama ada jawatan disandang itu benar-benar layak mempimpin seluruh rakyat New Zealand atau tidak.
Pengumuman itu sekali gus menjawab teka-teki di mana Arden tidak lagi bertanding dalam pilihan raya yang bakal diadakan tidak lama lagi. Malah, beliau juga mengumumkan tempoh jawatan yang disandangnya itu akan berakhir selewat-lewatnya 7 Februari.
Arden meletak jawatan pada usia 42 tahun selepas lima tahun memegang jawatan tertinggi negara itu.
Sebelum ini, beliau menjadi pemimpin kerajaan wanita termuda di dunia selepas dilantik sebaga Perdana Menteri pada 2017 pada usia 37 tahun.
Pentadbiran Arden turut menyaksikan beliau berjaya mempimpin New Zealand menempuh pandemik COVID-19 dengan jayanya selain beberapa bencana dan tragedi besar seperti serangan masjid hristchurch dan letusan gunung berapi White Island.
https://www.facebook.com/jacindaardern/posts/pfbid0nYYvU9inPxWLKnWHFYQUvkpmcwPYcSRuMB3LPVA9eeV2ybnnbjd3EsEysv3FhEQQl