Piala terbaik Asia Tenggara iaitu Piala AFF berpeluang disenaraikan dalam kalendar Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) sebagai kejohanan rasmi.
Khabar baik itu dimaklumkan oleh Presiden FIFA, Gianni Infantino apabila beliau berhasrat membantu Piala AFF menjadi sebahagian daripada kejohanan rasmi badan induk bola sepak dunia tersebut.
“Piala AFF perlu dinaiktaraf kepada kejohanna rasmi FIFA. Kita mesti memastikan kejohanan ini berkembang dengan lebih baik,”ujarnya.
Piala AFF setanding FIFA, aksi perlawanan penting
Jelasnya, Piala AFF berpotensi besar menjadi sebahagian daripada kejohanan yang dihormati dan berkembang pesat berdasarkan populasi dan capaian penyokong yang tinggi.
Tambahnya, kejohanan dwitahunan itu dianggap sebagai pertandingan penting bagi lebih 650 juta penduduk di rantai Asia Tenggara.
“Semua rakyat ASEAN sangat menyukai bola sepak.
“Dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini, negara-negara ASEAN meminati bola sepak dan membuat pencapaian dalam bola sepak lelaki dan wanita,” katanya lagi.
Peluang besar kepada ASEAN peroleh banyak mata ranking
Beliau berkata, sekiranya Piala AFF memperoleh pengiktirafan, maka ia bakal memberi kelebihan kepada negara-negara bertanding untuk memperoleh lebih banyak mata ranking FIFA.
Beliau berkata demikian selepas hadir menyaksikan perlawanan akhir kedua Piala AFF di Stadium Thammasat ketika pasukan Thailand menentang Vietnam pada Isnin lalu.
Dalam aksi tersebut, Thailand berjaya membenamkan hasrat Vietnam untuk muncul juara atas satu jaringan kapten pasukan, Theerathon Bunmathan pada minit ke-24, dengan agregat 3-2.
Kongsi berita baik..
Berita baik berkenaan juga dikongsi menerusi laman Twitter sehingga mendapat pelbagai reaksi di kalangan warganet terutama peminat bola sepak tanah air.
Presiden FIFA Gianni Infantino berhasrat menjadikan Piala AFF sebagai kejohanan rasmi dalam kalendar FIFA seperti dilaporkan beberapa media Thailand, Vietnam dan Indonesia.
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) January 17, 2023
Ramai menanti reaksi Tunku Ismail
Ciapan tersebut mendapat perhatian ramai di mana mereka tidak sabar melihat reaksi dan kenyataan yang akan dikeluarkan oleh pemilik kelab bola sepak gergasi tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Mana tidaknya, Tunku Ismail sebelum ini pernah menyifatkan Piala AFF adalah piala yang menganggu pemain dan jadual pertandingan. Bahkan, turut menegaskan para pemain juga adalah manusia biasa dan bukan ‘mesin’.
Tunku Ismail berkata demikian ketika mempertahankan tindakan pemain JDT menolak panggilan skuad Harimau Malaya menjelang saingan Piala AFF pada 21 Disember lalu.
Jika benar Piala AFF bakal dinaiktaraf, mungkin inilah cara terbaik buat semua pasukan bola sepak di Asia Tenggara menggilat bakat dan tunjuk kepada dunia kebolehan yang ada.
Atau mungkin ini hanyalah ‘omongon’ kosong mahu menyedapkan hati semua rakyat Asia memandangakan sesi pemilihan jawatan Presiden FIFA bakal berlangsung tidak lama lagi.
Sumber: Twitter @zulhelmizainal1, Sinar Harian