Beberapa minggu lepas, tular beberapa perkongsian daripada warganegara Rusia yang dipercayai telah menceroboh Menara 118 dengan menyamar menjadi pekerja bangunan.
Video pemandangan yang diambil di puncak Menara 118 itu telah dikongsikan di media sosial dan mendapat perhatian ramai.
Rakam masuk YouTube
Kali ini, tular lagi satu video warganegara asing yang melakukan tindakan sama dan memuat naik konten sewaktu berada di atas menara tersebut di YouTube.
Menerusi laporan dari Berita Harian, video berkenaan telah dimuat naik ke saluran driftershoots dan difahamkan dirakam pada 30 Disember yang lalu.
Pakai jaket pekerja bangunan
Dalam video yang berdurasi 7 minit 18 saat itu terdiri daripada empat orang individu yang dua daripadanya dikaburi wajah.
Mereka dilihat menyelinap masuk untuk menceroboh dengan menggunakan jaket pekerja bangunan.
Menerusi video itu lagi, mereka dilihat memotong jaring yang menghalang ke puncak menara sebelum bergerak menuju ke sana.
Sedar boleh dipenjarakan
Ujar mereka di dalam video, pendakian untuk memanjat video berkenaan adalah sesuatu yang sukar dan penuh cabaran.
mereka juga dilihat meraikan kejayaan memanjat Menara 118 di bilik hotel dan mengakui bahawa keberangkalian untuk mereka ditahan juga amat tinggi sewaktu melakukan misi tersebut.
“Beberapa percubaan telah berakhir dengan ada individu dipenjarakan, jadi kami sedar yang kami berdepan risiko besar.
“Ini berakhir dengan jayanya. Ia adalah satu hadiah untuk mengakhiri tahun 2022 dengan menunjukkan rakaman tersebut,” dakwa kumpulan itu.
Untuk rekod, sebelum ini pasangan dari Rusia yang dikenali sebagai a Angela Nikolau dan Ivan Beerkus telah memuat naik kejayaan mereka memanjat bangunan kedua tertinggi di dunia.
Nikolau telah berkongsi perjalanannya yang menyelinap masuk dengan menyambar sebagai pekerja bangunan dan berhijau sebelum sampai ke puncak Menara 118.
Sumber: YouTube driftershoots