Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Jurulatih Thailand Akui, Jaringan Kedua Harimau Malaya Adalah Sah

Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila pengadil Kim Dae Yong telah membatalkan jaringan kedua pasukan Harimau Malaya ketika menetang dengan Thailand pada perlawanan  aksi separuh akhir pertama dalam saingan Piala AFF 2022.

Keputusan pengadil dari Korea Selatan itu telah membuatkan ramai pihak terutamanya penyokong Malaysia tidak berpuas hati memandangkan jaringan kedua tersebut adalah sah dan patut dikira.

Walhal, menurut laporan Harian Metro, pengadil  Thailand, Alexandre Polking turut mengakui jaringan kedua Malaysia adalah wajar dikira namun, insiden tersebut telah memakan masa lima minit di padang.

“Secara jujurnya, saya lihat jaringan kedua itu adalah gol. Tetapi insiden itu memakan masa lima minit. Kemudian kita dapat peluang menerusi Ekanit (Phaya), penjaga gol terbaring selama dua minit.
“Dengan pelbagai insiden berlaku dan penggantian pemain dilakukan, hanya lima minit masa tambahan diberikan. Bukan saya merungut tetapi kami mahu bermain dan saya bercakap demi bola sepak untuk kedua dua pasukan,” katanya.

Difahamkan, asbab jaringan kedua Harimau Malaya dibatalkan oleh pengadil ialah pemain negara dikatakan mengasari pemain Thailand.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Secara tidak langsung, pasukan negara akan membawa hasil satu mata jaringan tersebut ke perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Thammasat, malam esok.

 

 

Sumber: Harian Metro (Syafiq Aznan)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan kekecewaan terhadap sikap segelintir pihak dalam kancah bola sepak...

Bisnes

Malaysia sekali lagi menjadi tumpuan global setelah Gamuda Bhd iaitu syarikat pembinaan terkemuka negara dilaporkan menjual tanah seluas 389 ekar di Port Dickson kepada...

Spotlight

Pelakon terkenal Indonesia, Luna Maya sah bergelar isteri apabila selamat bernikah dengan aktor Maxime Bouttier dalam sebuah majlis gilang gemilang yang diadakan di Bali,...

Spotlight

Pengumuman konsert jelajah kumpulan K-pop terkenal, Blackpink yang akan diadakan pada musim panas ini telah menerima pelbagai reaksi daripada warganet. Peminat kesal tiket konsert...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd