Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Pernah Tak Sefahaman, Victoria Beckham Terbuka Hati Maafkan Menantu

Isteri kepada bintang bola sepak terkenal, David Beckham iaitu Victoria Beckham sedia merendahkan ego dan memafkan menantunya yang sebelum ini mempunyai salah faham antara satu sama lain.

Menurut laporan The News International, Victoria sudah terbuka hati untuk berbaik semula dengan isteri anak sulungnya, Nicola Peltz selepas setahun tidak bercakap di antara satu sama lain.

Jelasnya, dia menyedari menantunya itu adalah sama sepertinya ketika zaman mudanya suatu ketika dahulu.

“Saya ingin menunjukkan rasa hormat pada Nicola dan memahami bahawa dia adalah wanita yang cuba menonjolkan dirinya dalam perkahwinan.
“Saya juga melihat Nicola adalah diri saya dan David Beckham pada usia muda,” katanya.

Bukan itu sahaja, Victoria turut sedar bahawa dia juga tidak terlepas dalam membuat kesilapan ketika awal perkahwinannya bersama David.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Susulan itu, dia akhirnya membuat keputusan dengan membiarkan anak dan menantunya hidup dalam keadaan harmoni dan bahagia tanpa mempunyai sebarang salah faham antara keluarga.

“Saya juga melakukan banyak kesilapan dengan David sejak awal perkahwinan jadi saya sanggup memafkan Nicola yang masih lagi bersikap naif,” jelasnya lagi.

Sumber: mStar 

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan kekecewaan terhadap sikap segelintir pihak dalam kancah bola sepak...

Bisnes

Malaysia sekali lagi menjadi tumpuan global setelah Gamuda Bhd iaitu syarikat pembinaan terkemuka negara dilaporkan menjual tanah seluas 389 ekar di Port Dickson kepada...

Spotlight

Pelakon terkenal Indonesia, Luna Maya sah bergelar isteri apabila selamat bernikah dengan aktor Maxime Bouttier dalam sebuah majlis gilang gemilang yang diadakan di Bali,...

Spotlight

Pengumuman konsert jelajah kumpulan K-pop terkenal, Blackpink yang akan diadakan pada musim panas ini telah menerima pelbagai reaksi daripada warganet. Peminat kesal tiket konsert...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd