Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Meski Kurang Tepat, Korea Selatan Gigih Guna Bahasa Melayu Di Papan Tanda

Negara Korea Selatan merupakan tempat percutian idaman bagi setiap orang terutama peminat K-Pop Malaysia untuk melancong ke sana.

Selain daripada pergi ke lokasi penggambaran K-Drama, ramai tertarik dengan keindahan serta keunikan yang terdapat di negara tersebut.

Mana tidaknya, suasana yang sejuk pasti membuatkan ramai tertarik untuk berkunjung di sana di samping terdapat pelbagai tarikan budaya dan makanan yang mampu menambat hati para pelancong untuk menjejakan kaki ke sana.

Justeru, tidak hairanlah negara empat muism itu mula menggunakan Bahasa Melayu pada kebanyakan papan tanda di sesetengah lokasi tumpuan bagi memberi kemudahan kepada pelancong yang datang ke negara tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Perkongsian seorang pengguna Facebook, Zakaria Azizi dalam kumpulan Malay Dialects mengenai beberapa keping gambar tanda papan yang mengganakan Bahasa Melayu kembali tular di media sosial.

Ujarnya, Korea Selatan telah meletakkan beberapa bahasa pada papan tanda mereka iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Mandarin, Bahasa Indonesia dan Jepun bagi memudahkan pelancong asing berkunjung ke lokasi pilihan mereka.

“Jumlah pelancong dari Malaysia dan Indonesia yang berkunjung ke Korea Selatan juga meningkat saban hari. Oleh itu, penggunaan Bahasa Melayu pada papan tanda di sana amat diperlukan,” kongsinya.

Tambah Zakaria, meskipun terdapat beberapa perkataan yang kurang tepat, usaha kerajaan Korea Selatan harus diberi pengiktirafan yang sewajarnya.

“Malah, mereka juga gembira dapat melakukan usaha ini bagi membantu penduduk Asia Tenggara yang melancong ke sana dan memerlukan maklumat mengenai kemudahan awam mereka,” katanya.

 

Hasil pemerhatian, pihak Institut Terjemahan dan Buku Malaysia yang telah menterjemah bahasa untuk papan-papan tanda tersebut dan usaha itu telah mula dilakukan sejak beberapa tahun lepas.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk makluman, bahasa Melayu merupakan bahasa keenam paling banyak dituturkan di dunia dengan sebanyak 290 juta manusia merentasi Selat Melaka, termasuklah pantai-pantai di Semenanjung Malaysia dan pantai timur Sumatera.

Bahasa Melayu berada dalam keluarga Austronesia dan Malayo-Polynesia – bahasa utama di Malaysia, Brunei, Singapura dan salah satu bahasa di Indonesia.

Sumber: Sinar Harian 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Dunia

Seorang remaja perempuan dilaporkan maut selepas terjatuh dari tingkat empat di pusat membeli-belah MixC di bandar Jining, wilayah Shandong, China, 16 November lalu. Foto:...

Spotlight

Kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 telah berjaya terbang ke Manila, Filipina, pada Sabtu dan Ahad lalu bagi konsert jelajah Asia yang mendapat sambutan luar biasa...

Politik

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) hanya memberikan gred D, iaitu 35.8 peratus sepanjang dua tahun pentadbiran Kerajaan Perpaduan walaupun ramai menyifatkan kerajaan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd