Anak lelaki Shah Rukh Khan, Aryan Khan telah mengejutkan banyak pihak apabila dipercayai membuka kedai menjual minuman keras.
Menerusi laporan dari The Time Of India, Aryan bersama dua orang lagi sahabatnya, Bunty Singh dan Leti Blagoeva telah membuka perniagaan tersebut apabila mencuba menceburi bidang tersebut.
Ambil masa 5 tahun nak bina perniagaan
Difahamkan, pemuda berusia 24 tahun itu mengambil masa 5 tahun untuk membina da memikirkan konsep perniagaan tersebut.
Selain dari minuman keras, mereka juga menjual aksesori premium dan produk pakaian.
Bapa beragama Islam
Walau bagaimanapun, tindakan tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada peminat kerana ia bertolak belakang dengan Shah Rukh Khan yang beragama Islam.
Siap nak kembangkan perniagaan le luar negara
Namun, ia seakan tidak menjadi alasan kepada Aryan terus optimis dengan perniagaannya apabila bercita-cita mahu mengembangkan perniagaan minuman keras itu sehingga tembus untuk pasaran di seluruh Asia, Eropah dan juga Amerika Utara.
Terdahulu, Aryan pernah ditahan pihak berkuasa tempatan apabila dipercayai terlibat dalam pesta dadah di sebuah kapal persiaran.
Akan tetapi, anak sulung kepada aktor filem terkenal Bollywood itu telah dibebaskan selepas 25 hari tidur dipenjara.
Sumber: Time Of India