Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Teruja, ‘Penyokong Paling Seksi’ Dedah Dilamar Ramai Pemain

Bahang kehangatan Piala Dunia 2022 yang sedang berlangsung di Qatar kian terasa apabila ia mula memasuki detik kemuncak tidak lama lagi.

Dalam kehangatan tersebut, seorang penyokong paling seksi dan model Croatia iaitu Ivana Knoll meluahkan keterujaan apabila dia mendedahkan menerima puluhan mesej melamarnya untuk berkahwin daripada pemain bola sepak.

View this post on Instagram

A post shared by Ivana Knöll (@knolldoll)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Memetik laporan dailymail, model berusia 29 tahun itu menerima lonjakan sebanyak 200,000 pengikut di laman Instagram miliknya pada setiap hari.

Ivana berkata, dia banyak menerima mesej menerusi Instagram termasuklah pengikut dan pemain bolah sepak yang sedang beraksi di Piala Dunia mengajaknya untuk berjumpa.

“Semua peminta yang ditemui cintakan saya. Tetapi, apabila saya hadir menyaksikan perlawanan ketika ini, kawan saya tidak duduk di sebelah sebaliknya berpindah ke tempat duduk lain kerana tumpuan kamera,”katanya.

Dalam pada itu, Ivana meluahkan rasa aneh apabila ramai penyokong menganggap dirinya sebagai perempuan murahan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya hanya berseronok dengan semua orang. Saya agak orang sukakan saya kerana saya cantik.
“Saya tidak minat bertemu sesiapa di sini. Niat saya adalah membuatkan orang tersenyum, itu saja,”luahnya.

Sementara itu, Ivana akui penampilannya itu sangat keterlaluan kerana menyentuh sensitiviti warga Qatar sehingga meluahkan rasa bimbang apabila dilarang daripada memasuki kawasan stadium.

Advertisement. Scroll to continue reading.
Tetapi, dia tiba di Stadium Lusail, malam tadi, empat jam sebelum sepak mula perlawanan separuh akhir antara Croatia dan Argentina semata-mata untuk bermesra dengan penyokong dan bergambar bersama mereka.

Sehingga kini,  Instagram miliknya mempunyai lebih 2.9 juta pengikut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Instagram @knolldollDailymail

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Pemimpin kanan Bersatu, Mas Ermieyati Samsudin mempersoal kanyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kunjungan 165 kadet Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di...

Sosial

Seorang pembantu rumah Indonesia melahirkan anak secara tiba-tiba di kediaman majikannya sehingga mengejutkan keluarga tersebut baru-baru ini. Foto: Facebook Menurut laporan New Straits Times,...

Lokal

Sejumlah mata wang asing bernilai kira-kira RM5 juta ditemukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika menggeledah sebuah pangsapuri di ibu negara, yang didakwa dijadikan...

Sukan

Skuad futsal Malaysia ditewaskan 0-6 oleh Indonesia yang berada di kedudukan ke-28 dunia pada aksi persahabatan yang berlangsung di Gor Among Rogo, Yogyakarta, semalam....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd