Sejak berlangsungnya Piala Dunia di Qatar 2022, terdapat beberapa individu yang dikatakan seiras dengan bintang terkenal bola sepak sehingga meraih perhatian ramai.
Antaranya ialah Bewar Abdullah yang dikatakan mempunyai wajah seiras dengan penyerang sensasi Manchester United, Cristiano Ronaldo.
Pemilik nama Bewar Abdullah berkata, dia sangat bertuah kerana memiliki rupa paras seiras dengan bintang tersebut sehingga membuatkan ramai wanita menyayanginya.
Malah, lelaki berusia 28 tahun dari Birmingham itu juga mengatakan peminat lain yang mahu mendekatinya, selain turut mendapat jemputan ke majlis hari jadi kanak-kanak.
“Peminat juga menjemput saya ke majlis hari jadi anak-anak mereka sebagai hadiah,” katanya.
“Ramai orang mendekati saya dan meminta gambar dan video,”ujarnya.
Katanya lagi, orang ramai sering menjerit lalu menyebut ‘Ronaldo’ apabila melihatnya berada di situ.
Lebih mengujakan, apabila dia menonton perlawanan Portugal bersama orang di mana mereka pasti akan menumpukan kepadanya.
“Mereka menunggu Ronaldo menjaringkan gol supaya saya boleh melakukan ‘Siu’,”katanya.
Lantaran itu, Bewar berharap agar dia dapat bertemu dengan Ronaldo pada suatu hari nanti.
Terdahulu, pemain bolasepak terkenal dunia, Cristiano Ronaldo dilaporkan telah menerima tawaran kontrak mega bernilai £172.9 juta (RM922 juta) setahun bersamakelab dari Arab Saudi, Al Nassr.
Sumber: Harian Metro, Instagram @cristiano & @cr7_beware_abdullah