Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Hailey Bieber Nafi Hamil, Perut Buncit Disebabkan Ketumbuhan Cyst

Model terkenal, Hailey bieber mendedahkan dia menghidap ketumbuhan cyst pada ovari sehingga menyebabkan perutnya kelihatan buncit seakan hamil seperti mana yang didakwa oleh netizen sebelum ini.

Khabar sedih itu dikongsikan sendiri oleh isteri kepada  penyanyi terkenal, Justin Bieber di laman IG storynya yang memaklumkan dia tidak pernah menyedari mengenai ketumbuhan tersebut di dalam perutnya.

Ujarnya, saiz cyst itu hanya sebesar epal dan kesannya, dia mengalami beberapa simptom seperti muntah, perut kembung, kekejangan dan gangguan emosi.

“Saya tidak hamil tetapi mempunyai cyst pada ovari saya dan ia sebesar epal. Saya tak sedar bila wujudnya cyst itu yang saya tahu saya cuma rasa loya beberapa kali.
“Ia tidak menyeronokkan sebaliknya menyakitkan serta membuat saya berasa kembung perut, kekejangan dan gangguan emosi,” katanya.
View this post on Instagram

Advertisement. Scroll to continue reading.

A post shared by Hailey Rhode Baldwin Bieber (@haileybieber)

Tegasnya lagi, khabar angin mengenai dia berbadan dua adalah tidak benar sama sekali dan berharap orang di luar sana memahami keadaannya.

Sumber: Instagram @haileybieber

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan kekecewaan terhadap sikap segelintir pihak dalam kancah bola sepak...

Bisnes

Malaysia sekali lagi menjadi tumpuan global setelah Gamuda Bhd iaitu syarikat pembinaan terkemuka negara dilaporkan menjual tanah seluas 389 ekar di Port Dickson kepada...

Spotlight

Pelakon terkenal Indonesia, Luna Maya sah bergelar isteri apabila selamat bernikah dengan aktor Maxime Bouttier dalam sebuah majlis gilang gemilang yang diadakan di Bali,...

Spotlight

Pengumuman konsert jelajah kumpulan K-pop terkenal, Blackpink yang akan diadakan pada musim panas ini telah menerima pelbagai reaksi daripada warganet. Peminat kesal tiket konsert...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd