Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Tak Kisah Punggung Terdedah, Julia Fox Tetap Obses Pakaian Daripada Daun Kering!

Pelik tapi benar, pelakon Julia Fox mendedahkan dia sangat obses dengan daun kering sehinggakan sanggup membuat baju daripada daun kering telah mencetuskan pelbagai reaksi netizen.

Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik oleh Julia di laman TikToknya, dia menjelaskan mendapat inspirasi tersbeut apabila melihat daun-daun keguguran ketika berjalan-jalan di sebuah taman.

@juliafox

I present to you the FALL 2022 dress!!! Thank u @emmafujiko my brilliant sis who helped me turn my vision into reality ♥️

♬ original sound – Julia fox

Advertisement. Scroll to continue reading.

Penampilan fesyen daun keringnya itu telah membuatkan dia begitu seksi sehingga menampakkan bahagian dada dan kemaluannya.

“Saya obses dengan daun dan akan pergi ke taman setiap hari. Daripada situ saya dapat inspirasi apabila melihat daun jatuh berguguran ketika musim luruh.
“Saya tidak tahu sama ada pakaian ini boleh dipakai atau pun tidak kerana punggung saya terdedah tetapi saya sangat obses dengan rekaan ini,” jelasnya lagi.

Peminat terkejut!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terutamanya peminat meluahkan rasa terkejut apabila melihat pakaian yang digayakan oleh pelakon yang berusia 32 tahun itu memandangkan ia sangat pelik dan tak pernah dilakukan oleh orang lain.

Kreatif! Lain daripada yang lain

Bagaimanapun, ada juga netizen yang memuji kreativiti yang ditunjukkan oleh Julia dan fesyen yang diilhamkannya itu adalah sesuatu yang sangat menakjubkan.

Sumber: TikTok @juliafox

Advertisement. Scroll to continue reading.
+ posts

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Tular satu video memaparkan seorang lelaki warga asing dari Bangladesh yang selamba jual burger Ramly di tepi jalan sehingga menyebabkan netizen Malaysia berang. Menerusi...

Dunia

Setelah hampir enam bulan mendiamkan diri, pasangan pengantin kini terbuka untuk menceritakan bagaimana kebakaran boleh berlaku sewaktu majlis perkahwinan mereka sehingga mengorbankan lebih 100...

Filem

Filem aksi heist yang dinantikan tahun ini, The Experts bersedia untuk temui penonton bermula 23 Mei depan di pawagam seluruh negara, terbitan oleh penerbit...

Lokal

Seorang pekerja bengkel maut selepas tayar jentolak yang sedang diisi angin di sebuah pusat servis tayar di Bandar Baru Sungai Buloh, Sungai Buloh tiba-tiba...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd