Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Seperti Dihantui Kematian, Mulan Jameela Nekad Tutup Aurat

Penampilan penyanyi lagu Makhluk Tuhan Paling Seksi, Mulan Jameela sememangnya begitu berbeza dengan awal kemunculannya.

Lebih muslimah dan sopan

Isteri kepada pemuzik ternama Indonesia, Ahmad Dhani ini tampil lebih muslimah sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan menuai banyak pujian daripada peminat.

Rupanya, menerusi perkongsian yang dibuat oleh Insta_julid, dia telah membuat perubahan dalam diri dengan menutup aurat selepas terfikir tentang kematian.

View this post on Instagram

Advertisement. Scroll to continue reading.

A post shared by Insta Julid (@insta_julid)

Seperti dihantui kisah silam

Ujarnya, dia telah beberapa kali menghadapi momen sehingga dia nekad untuk berubah dengan memakai hijab serta menjaga pakaiannya.

” Aku menemukan kejadian yang menurut aku ini rentetan dari kejadian-kejadian yang mungkin membuat aku semakin harus yakin bahwa aku harus cepat-cepat berubah,” tutur Mulan.

Kematian tak boleh di nego

Menurut ibu kepada empat orang cahaya mata ini, dia merasakan yang kematian itu menghantui telah menghantuinya dan bila-bila sahaja ajal itu akan sampai tanpa boleh di nego.

Advertisement. Scroll to continue reading.
” Kematian itu adalah hal yang pasti dan nggak bisa ditolak. Siapa yang bisa nolak mati, kita nggak akan bisa nego,” katanya.

Walaupun perkongsian tersebut menuai pelbagai komen negatif daripada netizen yang mengaitkannya semula dengan kontroversi dulu, namun masih ramai yang merasakan apa yang diucapkan penyanyi itu wajar.

Mereka juga mendoakan agar Mulan Jameela terus istiqomah dan memberikan semangat bahawa setiap orang mempunyai kisah lampau yang memang sukar untuk dilupakan.

 

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Instagram Insta_julid

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan kekecewaan terhadap sikap segelintir pihak dalam kancah bola sepak...

Bisnes

Malaysia sekali lagi menjadi tumpuan global setelah Gamuda Bhd iaitu syarikat pembinaan terkemuka negara dilaporkan menjual tanah seluas 389 ekar di Port Dickson kepada...

Spotlight

Pelakon terkenal Indonesia, Luna Maya sah bergelar isteri apabila selamat bernikah dengan aktor Maxime Bouttier dalam sebuah majlis gilang gemilang yang diadakan di Bali,...

Spotlight

Pengumuman konsert jelajah kumpulan K-pop terkenal, Blackpink yang akan diadakan pada musim panas ini telah menerima pelbagai reaksi daripada warganet. Peminat kesal tiket konsert...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd