Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Rakyat Masih Sokong? Bloomberg Namakan Ismail Sabri Pilihan Utama Jawatan PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob berkemungkinan akan mengekalkan jawatannya sebagai Perdana Menteri Malaysia  pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) melihat daripada tinjauan dan juga ‘popularitinya’ dalam kalangan pengundi.

Hal tersebut dikongsikan dalam satu laporan Bloomberg merujuk kepada tinjauan yang dibuat oleh firma berasaskan penyelidikan, Ilham Centre.

Kejayaan tingkatkan semula ekonomi negara

Difahamkan, menerusi tinjauan yang dibuat sekitar 1 Ogos hingga 30 September iaitu sebelum parlimen dibubarkan pada Oktober, Ismail dilihat menjadi pilihan pertama dengan 19% responden memilihnya.

Perkara tersebut terjadi mungkin disebabkan kepercayaan rakyat terhadap perdana menteri Malaysia yang ke-9 itu apabila melihat beliau berjaya memulihkan dan meningkatkan ekonomi negara selepas pandemik melanda dunia kira-kira dua tahun yang lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tak mustahil undian akan meningkat menjelang 19 November nanti

Selain itu, UMNO yang merupakan parti Ismail Sabri turut berada di kedudukan teratas setakat ini apabila 31.8% reponden memilihnya.

Kedudukan berkenaan sedikit sebanyak memberi dorongan kepada Naib Presiden UMNO itu serta partinya untuk lebih bersedia menjelang 10 November nanti. Dengan berjalannya waktu, tidak mustahil parti politik dan pemimpin akan mendapat lebih daripada 50% sokongan.

 

Menerusi tinjauan itu lagi, bekas perdana menteri keenam, Datuk Seri Najib Razak yang juga dari UMNO dilihat kekal popular dan hampir sama dengan Ismail Sabri ketika ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Walaupun beliau sedang menjalani hukuman penjara selama 12 tahun kerana didakwa terlibat dengan skandal 1MDB, ia tidak menghalang untuknya berada di kedudukan ketiga iaitu sama tempat dengan calon perdana menteri dari Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Namun harus diingat, pencabar terdekat Ismail adalah bekas perdana menteri Malaysia kelapan iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin dari Perikatan Nasional yang menduduki tangga kedua walaupun jumlah responden yang memilih hanyalah 13%.

Sumber juga mendakwa jumlah pengundi yang akan keluar mengundi nanti boleh sahaja memihak kepada parti pro-Melayu. Hal ini susulan daripada 83% daripada responden memaklumkan yang mereka akan keluar mengundi pada hari pengundian.

Walau bagaimanapun, terdapat pecahan data menunjukkan beberapa pihak yang masih ragu-ragu sama ada akan mengundi ataupun tidak iaitu kaum bumiputera Cina dan bukan Islam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

 

Sumber: Bloomberg (Kok Leong Chan, Anisah Shukry)

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan kekecewaan terhadap sikap segelintir pihak dalam kancah bola sepak...

Bisnes

Malaysia sekali lagi menjadi tumpuan global setelah Gamuda Bhd iaitu syarikat pembinaan terkemuka negara dilaporkan menjual tanah seluas 389 ekar di Port Dickson kepada...

Spotlight

Pelakon terkenal Indonesia, Luna Maya sah bergelar isteri apabila selamat bernikah dengan aktor Maxime Bouttier dalam sebuah majlis gilang gemilang yang diadakan di Bali,...

Spotlight

Pengumuman konsert jelajah kumpulan K-pop terkenal, Blackpink yang akan diadakan pada musim panas ini telah menerima pelbagai reaksi daripada warganet. Peminat kesal tiket konsert...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd