Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Berat Badan Naik Mendadak, Peminat Bimbang Keadaan Park Bom 2NE1

Penyanyi terkenal Korea Selatan, Park Bom telah mengejutkan ramai terutamanya peminat apabila melihat penampilan terkininya sehingga mencetuskan reaksi dan kritikan netizen.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna @kian lachicha di laman TikToknya, ramai meluahkan rasa bimbang apabila penyanyi yang berusia 38 tahun itu mengalami perubahan bentuk badan yang begitu mendadak berbanding dengan sebelum ini.

@kianlachica

hellow pi my queen bom huhuhu i love you forever🫶🏻🫶🏻🫶🏻 #2ne1 #parkbom #fyp #fypシ #popstival2022

♬ You and I (Park Bom) – 2NE1

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam video itu, kelihatan Park Bom tampil yakin dengan menyanyi di sebuah konsert berhadapan dengan para peminat yang hadir dengan memakai baju serba hitam.

Apa sudah jadi dengan dia?

Susulan itu, ramai yang meluahkan rasa ingin tahu apa yang sebenarnya berlaku kepada penyanyi tersebut sehinggakan berat badannya naik secara drastik.

Malah, ada YouTuber yang dikenali sebagai Lee Jin Ho memuat naik sebuah video mendakwa Park disahkan menghidap attention deficit disorder (ADD) yang tidak dapat mengawal pemakanannya.

Biarlah dengan keadaan dia sekarang! Park Bom berhak bahagia!

Pun begitu, ramai yang menitipkan kata-kata semnagat buat penyanyi tersebut untuk terus bahagia dengan caranya tersendiri dan memuji vokal Park Bom masih berkualiti sama seperti dahulu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Allkpop, TikTok @kianlachica

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan kekecewaan terhadap sikap segelintir pihak dalam kancah bola sepak...

Bisnes

Malaysia sekali lagi menjadi tumpuan global setelah Gamuda Bhd iaitu syarikat pembinaan terkemuka negara dilaporkan menjual tanah seluas 389 ekar di Port Dickson kepada...

Spotlight

Pelakon terkenal Indonesia, Luna Maya sah bergelar isteri apabila selamat bernikah dengan aktor Maxime Bouttier dalam sebuah majlis gilang gemilang yang diadakan di Bali,...

Spotlight

Pengumuman konsert jelajah kumpulan K-pop terkenal, Blackpink yang akan diadakan pada musim panas ini telah menerima pelbagai reaksi daripada warganet. Peminat kesal tiket konsert...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd