Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Diumum Calon Wanita Melayu Pertama Parlimen DAP, Rara Teruk Dibahan Netizen

Parti Tindakan Demokratik (DAP) hari ini telah mengumumkan empat calon  di parlimen Pahang, termasuklah Young Syefura Othman yang dipertaruhkan di Bentong bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Rekod baik di Dun Ketari

Menerusi laporan dari Malaysia Gazette, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke memaklumkan yang pencalonan pertama Young Syefura atau Rara di peringkat parlimen adalah atas dasar kepercayaan yang diberikan DAP pusat kepada calon muda berusia 33 tahun itu setelah melihat rekod baik ketika beliau menjadi ADUN Ketari.

View this post on Instagram

A post shared by Malaysia Gazette (@malaysiagazette)

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Rara merupakan ahli parlimen wanita Melayu pertama DAP. Dan saya menaruh kepercayaan kepada beliau telah berkhidmat di kawasan tersebut selama lima tahun dan track rekod yang baik pengundi beliau di DUN Ketari. Itu antara faktor beliau boleh membantu parti untuk menang di parlimen itu.
“Keputusan itu bukan hanya berdasarkan pemerhatian, tetapi juga ada buat survey dan kita percaya beliau adalah winnable candidate di situ,” kata Loke.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Teringat cerita Mat Kilau”

Walau bagaimanapun, pencalonan Rara itu telah mendapat pelbagai respon daripada netizen yang kebanyakkannya merasakan beliau sebagai ‘pengkhianat’ orang Melayu.

Ada juga di antara mereka akui sedih kerana menganggap ADUN Ketari itu sebagai ‘barua DAP’ memandangkan  diangkat sebagai calon parlimen wanita Melayu pertama untuk parti tersebut.

 

Melayu mudah dibeli

Tolak barua Melayu

Untuk rekod, Young Syefura telah memenangi DUN Ketari pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14). Beliau yang juga pernah memegang jawatan sebagai Penolong Setiausaha Kebangsaan Wanita untuk parti berkenaan sehingga tahun 2021.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Instagram Malaysia Gazette

 

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan kekecewaan terhadap sikap segelintir pihak dalam kancah bola sepak...

Spotlight

Pelakon sensasi Indonesia, Jefri Nichol masih teruna dan akui hilang tawaran kerja melibatkan kerjasama dengan beberapa jenama terkenal susulan dakwaan meniduri lebih 20 wanita....

Bisnes

Malaysia sekali lagi menjadi tumpuan global setelah Gamuda Bhd iaitu syarikat pembinaan terkemuka negara dilaporkan menjual tanah seluas 389 ekar di Port Dickson kepada...

Spotlight

Pelakon terkenal Indonesia, Luna Maya sah bergelar isteri apabila selamat bernikah dengan aktor Maxime Bouttier dalam sebuah majlis gilang gemilang yang diadakan di Bali,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd