Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Masih cintakan Lesti Kejora, Rizky Billar tak mahu bercerai

Umum sedia maklum, pasangan selebriti Lesti Kejora dan Rizky Billar sudah pun tidak tinggal sebumbung gara-gara konflik yang telah berlaku dalam rumah tangga mereka.

Bukan itu sahaja, ada khabar angin mengatakan Rizky telah melafazkan cerai terhadap Lesti namun, perasaan sayang dan cintanya terhadap isterinya itu masih utuh di dalam hati.

Menurut anak guam Rizky iaitu Ade Erfil, dia memaklumkan Rizky tidak mahu menceraikan isterinya meskipun mahligai yang dibina mereka sedang dilanda kontroversi.

“Rizky tidak mahu menceraikan isterinya kerana mereka ada anak dan dia sangat mencintai isterinya,” katanya.

Jelasnya lagi, tiada bukti yang menunjukkan keganasan rumah tangga yang dilakukan oleh Rizky sebagaimana yang disebarkan oleh umum di dalam media sosial.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Mana buktinya? Perkara itu perlu dibuktikan untuk benar agar orang ramai tidak salah sangka. Dalam rumah tangga bergaduh itu perkara biasa dan akan berulang kali,” ujarnya.

Terdahulu, tular di laman sosial Rizky membaling bola snuker ke arah Lesti dan telah melafazkan talak satu ketika pertengkaran tersebut.

Sumber: Detik Hot (Muhammad Ahsan Nurrijal dan Dicky Ardian)

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan kekecewaan terhadap sikap segelintir pihak dalam kancah bola sepak...

Bisnes

Malaysia sekali lagi menjadi tumpuan global setelah Gamuda Bhd iaitu syarikat pembinaan terkemuka negara dilaporkan menjual tanah seluas 389 ekar di Port Dickson kepada...

Spotlight

Pelakon terkenal Indonesia, Luna Maya sah bergelar isteri apabila selamat bernikah dengan aktor Maxime Bouttier dalam sebuah majlis gilang gemilang yang diadakan di Bali,...

Spotlight

Pengumuman konsert jelajah kumpulan K-pop terkenal, Blackpink yang akan diadakan pada musim panas ini telah menerima pelbagai reaksi daripada warganet. Peminat kesal tiket konsert...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd