Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Disebabkan Lama Tak Dapat Gaji, Chuu Ambil Makanan ‘Extra’ Pedas Hilangkan Stres

Penyanyi Korea Selatan, Chuu mendedahkan rahsianya selama ini bagi menghilangkan tekanan perasaan terutama disebabkan masalah kewangan.

Chuu yang juga ahli kumpulan LOONA mengatakan dia mengambil makanan pedas secara berlebihan bagi menghilangkan semua masalah tekanan yang dihadapinya itu.

“Tahun lepas, kami memang tiada gaji. Ada ketikanya, saya teringin nak makan sesuatu tetapi mahal. Jad, keadaan itu membuatkan saya stres.
“Jadi, saya pesan satu makanan pedas dengan saiz besar dan habiskan semuanya sekaligus. Lama-kelamaan, jadi kebiasaan. Itulah cara segera untuk menghapuskan tekanan,”dedah Chuu.

Malangnya, cara tersebut membuatkan dia menderita masalah lain apabila kerap kali dimasukkan ke wad kecemasan sekitar Julai 2021 sehingga Mei lalu.

Semua ini berlaku disebabkan makan pedas berlebihan bagi menghilangkan tekanan terhadap masalah kewangan yang dihadapi kumpulan LOONA apabila tidak diberikan gaji sepanjang tahun lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pendedahan itu dibuat ketika dia hadir dalam sebuah program bersama Dr. Oh’s Golden Clinic bagi membincangkan mengenai pengalaman peribadinya mengatasi tekanan dan gangguan makanan.

Dalam masa sama, Chuu atau nama sebenarnya Kim Ji-wo berkata, kecenderungan memakan makanan pedas berkemungkinan berpunca daripada menjadi seseorang yang positif menghadapi dugaan

“Saya cuba menjadi positif pada setiap masa walaupun keadaan pada ketika itu tidak begitu positif,”ujarnya.

Bagaimanapun, dia tetap kekal positif demi mencapai impiannya sejak kecil di mana Chuu mahu menjadi seorang penyanyi. Chuu juga yakin bahawa peminatnya juga pasti tidak sabar menanti dia debut.

Selain itu, Chuu turut meluahkan masalah kekeluargaan yang dialami bersama ibunya.

Sumber: Youtube 채널A 캔버스
Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan kekecewaan terhadap sikap segelintir pihak dalam kancah bola sepak...

Bisnes

Malaysia sekali lagi menjadi tumpuan global setelah Gamuda Bhd iaitu syarikat pembinaan terkemuka negara dilaporkan menjual tanah seluas 389 ekar di Port Dickson kepada...

Spotlight

Pelakon terkenal Indonesia, Luna Maya sah bergelar isteri apabila selamat bernikah dengan aktor Maxime Bouttier dalam sebuah majlis gilang gemilang yang diadakan di Bali,...

Spotlight

Pengumuman konsert jelajah kumpulan K-pop terkenal, Blackpink yang akan diadakan pada musim panas ini telah menerima pelbagai reaksi daripada warganet. Peminat kesal tiket konsert...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd