Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Gara-Gara Peminat, Jin BTS Mula Jatuh Cinta Dengan Warna Merah Jambu

Warna merah jambu atau pink sememangnya menjadi kebiasaan bagi golongan wanita kerana disifatkan ‘sweet’, feminin, kelembutan dan kasih sayang.

Seperti contoh dalam acara ‘gender reveal’ iaitu mendedahkan jantina bayi dalam kandungan, merah jambu bagi perempuan manakala biru pula untuk lelaki.

Bagaimanapun siapa sangka, salah seorang anggota BTS iaitu Jin tiba-tiba jatuh cinta dan menunjukkan minat terhadap warna tersebut walaupun tidak menggemarinya sebelum ini.

Bintang Korea Selatan berusia 30 tahun itu mendedahkan perkara tersebut dalam Collector’s Edition album Proof yang dilancarkan baru-baru ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Sebelum ini, saya merasakan merah jambu adalah warna yang berlebihan bagi saya menggayakannya.
“Tapi selepas peminat melihat saya mengenakan warna berkenaan di atas pentas dan dalam muzik video, mereka menyukai penampilan itu.
“Malah saya pun mula sukakan warna itu disebabkan peminat saya ARMY,” katanya.

Berikutan itu, rata-rata bersetuju bahawa Jin dilihat sempurna dalam apa jua warna termasuk fesyen digayakan di khalayak ramai.

Sumber: Gossip Chimp

Avatar
Ditulis oleh Nor Hidayah

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain memberi komen ringkas mengenai siasatan kes Op Global yang membabitkan Global...

Lokal

Peguam kepada Abang Bas, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar menjelaskan bahawa lelaki tersebut tidak memahami perkataan ‘crush’ yang bermaksud mempunyai perasaan terhadap seseorang. Menerusi tangkap...

Bisnes

Tupperware Brands sedang bersiap untuk fail bankrap seawal minggu ini susulan saham syarikat itu jatuh sebanyak 15.8 peratus kepada 43 sen selepas waktu dagangan....

Sukan

Kapten Kedah Darul Aman (KDA) FC, Sony Norde mendedahkan dirinya terpaksa berjalan kaki ke pusat latihan pasukan di Stadium Sultan Abdul Halim (SSAH) dari...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd