Pelakon Thailand, Krittarit Butprom atau dikenali Big M mendedahkan dia telah memenangi loteri berjumlah 24,152,000 baht iaitu RM 2,973,477.79 menerusi laman Instagram miliknya sehingga membuatkan ramai cemburu.
Menerusi hantaran dikongsikan pelakon berusia 33 tahun itu, dilihat tangkapan layar dia nombor ‘loteri’ bertuahnya dan meluahkan rasa terkejut kerana tidak menyangka bergelar jutawan dengan sekelip mata.
Susulan itu, ruangan komen pada hantaran tersebut dipenuhi dengan ucapan tahniah dan tidak kurang juga ada yang meluahkan rasa cemburu kerana Big M sangat beruntung memenangi loteri.
Kisahnya itu telah menarik perhatian ramai termasuk media yang cuba mendapatkannya bagi mengetahui kisah sebenar, namun Big M menolak sebarang panggilan buat sementara waktu bagi memberi ruang kepada aktivitinya.
“Rakan media yang dihormati dan kepada semua yang menelefon. Saya benar-benar minta maaf kerana tidak menjawab panggilan atau memberikan jawapan. Saya benar-benar minta maaf. Saya perlu memperuntukan masa untuk sesi latihan menari bagi acara diadakan esok. Saya akan mengadakan sidang media esok (kelmarin). Terima kasih,”tulisnya.
Semalam, Big M tampil menjelaskan situasi sebenar di mana dia benar-benar memenangi hadiah pertama ketika menyertai loteri dalam talian.
“Semua orang pasti sudah melihat perkongsian saya sebelum ini. Saya nak beritahu, saya menang loteri iaitu hadiah pertama. Saya dapat loteri ini daripada seorang individu yang dikenalinya.
“Individu tersebut memberi saya tiket loteri dan tak sangka ia memenangi tempat pertama bernilai enam juta baht ( RM738,691.07). Sebenarnya 24,152,000 baht (RM 2,973,477.79) adalah jumlah keseluruhan.”jelasnya.
Tidak kisahlah baru sedar akan jumlah sebenar diperoleh, Big M tetap teruja dan tak sangka dapat menjadi seorang jutawan dalam sekelip mata.
Sumber: Instagram ( @ch7hd_entertainment & @bigm_krittarit) , Thairath