Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Peminat Ditipu Park Bogum ‘Palsu’, Alami Kerugian Bernilai RM43 Ribu

Siapa sangka, kerana teruja mahu berjumpa dengan pelakon terkenal Korea Selatan, Park Bo-gum, seorang wanita yang juga peminat kepada aktor tersebut akhirnya bertukar menjadi detik ‘buruk’.

Menurut portal Chosun, seorang wanita Brazil bernama Angela telah kehilangan wang yang banyak disebabkan dirinya menjadi mangsa tipu daya seorang lelaki menyamar sebagai Park Bo-gum pada 9 September lalu.

Dan, perkara ini disahkan oleh Konsulat General Korea Selatan di Sao Paulo pada 19 September.

Difahamkan, Angela yang merupakan peminat kepada budaya Hallyu dan drama Korea itu bertukar mesej di Instagram dengan seorang lelaki yang mengenalkan dirinya sebagai Park Bo-gun.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Angela berkata, lelaki itu mengatakan dia (Park Bo-gum) mahu berjumpa dengannya dan disebabkan mengalami sedikit kesulitan, dia terpaksa meminjam wang terlebih dahulu.

“Saya mahu ke Brazil untuk berjumpa awak. Disebabkan agak sukar untuk melalui prosedur menggunakan perbelanjaan kerana dikawal oleh agensi. Kalau awak memberi saya sebanyak 13.41 won (RM43,897) terlebih dahulu, saya akan membayar semula,”kata lelaki itu.

park bogum for g9 ✧ behind the scenes” | Park bo gum smile, Bo gum, Girl's day hyeri

Tidak berfikir panjang, wanita tersebut terus meminjamkan duit kepada Park Bo-gum ‘palsu’ tanap ada sekelumit keraguan. Bagaimanapun, hubungan mereka ‘terputus’ sebaik sahaja Angela cuba menghubungi lelaki tersebut.

Sedar dirinya ditipu, Angela terus membuat laporan dan pihak berkuasa Brazil memberitahu lelaki yang menyamar sebagai aktor berusia 29 tahun itu sebenarnya lelaki tempatan.

“Kebanyakan orang yang menyamar sebagai selebriti popular di media sosial adalah penipu. Kalau anda berasa ragu terhadap mereka, sila laporkan kepada polis atau hubungan duta dan general konsulat,”ujar pihak berkuasa Brazil.

Tambahnya lagi, terdapat enam hingga tujuh kes yang sama turut dilaporkan berlaku terutama melibatkan penipuan menyamar sebagai artis tersohor Korea Selatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pun begitu, mangsa lain adalah bernasib baik kerana tidak menghantar wang seperti yang diminta. Dalam pada itu, pihak polis Brazil mengatakan mereka akan terus menjejaki individu yang menyamar sebagai pelakon drama berjudul Record of Youth.

Sumber: Chosun.com

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Spotlight

Kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 telah berjaya terbang ke Manila, Filipina, pada Sabtu dan Ahad lalu bagi konsert jelajah Asia yang mendapat sambutan luar biasa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd