Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Sering Terima Kecaman, Jeon So-Min Akui Ambil Minuman Keras Ubati Stres

Umum sedia maklum, pelakon terkenal Korea Selatan, Jeon So-min merupakan salah seorang daripada anggota Running Man yang baharu namun, kehadirannya dalam program tersebut ternyata kurang mendapat sambutan daripada umum.

Mana tidaknya, sepanjang melibatkan diri dalam program realiti tersebut, orang ramai melabelkan dia terlalu mencuba untuk menonjolkan diri serta membuat lawak tidak masuk akal.

Susulan itu, dia sentiasa menjadi sasaran netizen untuk melemparkan pelbagai kecaman dan reaksi negatif dan secra tidak langsung, perkara tersebut telah membuatkan kesihatannya kian terjejas.

Bahkan, aktres yang berusia 36 tahun itu turut mendedahkan dia menghidap penyakit yang teruk gara-gara terlalu memikirkan mengenai makna kehidupannya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya banyak berfikir tentang kebahagiaan sejak kebelakangan ini. Saya sangat sakit tahun lalu. Selepas sembuh, saya terfikir, apakah perkara yang buatkan hidup kita bahagia,” luahnya.

Malah, So-min turut mengakui dia mengambil minuman keras untuk melupakan segala tekanan yang dialaminya dan sering bekerja unutk menyibukkan dirinya sendiri.

“Jadi saya selalu minum (minuman keras) bersama Choi Jung-won. Saya minum sebab rasa terseksa,” jelasnya lagi.

Sumber: Kosmo (Nor Eryani Yusup)

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan kekecewaan terhadap sikap segelintir pihak dalam kancah bola sepak...

Bisnes

Malaysia sekali lagi menjadi tumpuan global setelah Gamuda Bhd iaitu syarikat pembinaan terkemuka negara dilaporkan menjual tanah seluas 389 ekar di Port Dickson kepada...

Spotlight

Pelakon terkenal Indonesia, Luna Maya sah bergelar isteri apabila selamat bernikah dengan aktor Maxime Bouttier dalam sebuah majlis gilang gemilang yang diadakan di Bali,...

Spotlight

Pengumuman konsert jelajah kumpulan K-pop terkenal, Blackpink yang akan diadakan pada musim panas ini telah menerima pelbagai reaksi daripada warganet. Peminat kesal tiket konsert...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd