Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Enam Jersi Messi Dilelong, Hasil Jualan Dijangka Cecah RM46.61 Juta

Enam jersi Lionel Messi yang dipakai ketika kempen Piala Dunia Qatar 2022 akan dilelong kepada umum di ibu pejabat Sotheby New York pada 30 November dan 14 Disember nanti.

Menurut laporan Berita Harian, kapten Argentina yang berusai 36 tahun itu telah menjulang Piala Dunia selepas pasukannya membenam Perancis menerusi penentuan penalti yang mendebarkan pada perlawanan akhir Disember lalu di Qatar.

Difahamkan, lelongan enam jersi tersebut dijangka bakal memecah rekod jualan melebihi 8 juta pound (RM46.53 juta) yang dihoskan oleh Sotheby’s.

Enam jersi Messi dilelong

Artikel lain: Messi Menang Ballon D’Or Untuk Kali Kelapan,Tewaskan Erling Haaland

Advertisement. Scroll to continue reading.

Rekod paling mahal untuk jersi bola sepak yang dipakai dalam permainan ialah jersi ‘Hand of God’ milik Diego Maradona yang dijual pada harga £7.1 juta (RM413.65 juta) pada 2022.

Menurut Ketua Koleksi Moden Sotheby, Brahm Wachter, jualan jersi Messi itu adalah satu acara istimewa dan dianggap sebagai i peristiwa monumental dalam sejarah lelongan.

Jersi yang bakal dilelong adalah ketika babak pertama final, separuh akhir menentang Croatia, suku akhir bertemu Belanda, dan pusingan 16 terakhir menentang Australia, serta dua daripada tiga aksi di peringkat kumpulan, dengan harga dianggar mencecah 10 juta pound (RM58.16 juta).

Sekadar info, rekod lelongan tertinggi jersi bola sepak adalah Maradona – England mln Argentina, 1986 – 7.1 juta pound (RM41.3 juta), Pele – Brazil mln Itali, 1970 – 157,750 pound (RM916,463) dan Geoff Hurst – England mln Jerman Barat, 1966 – 91,750 pound (RM533,638).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Berita Harian

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan kekecewaan terhadap sikap segelintir pihak dalam kancah bola sepak...

Bisnes

Malaysia sekali lagi menjadi tumpuan global setelah Gamuda Bhd iaitu syarikat pembinaan terkemuka negara dilaporkan menjual tanah seluas 389 ekar di Port Dickson kepada...

Spotlight

Pelakon terkenal Indonesia, Luna Maya sah bergelar isteri apabila selamat bernikah dengan aktor Maxime Bouttier dalam sebuah majlis gilang gemilang yang diadakan di Bali,...

Spotlight

Pengumuman konsert jelajah kumpulan K-pop terkenal, Blackpink yang akan diadakan pada musim panas ini telah menerima pelbagai reaksi daripada warganet. Peminat kesal tiket konsert...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd