Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Bekas Kekasih Elon Musk Lelong Gambar Bercinta Ketika Di Kolej, Laku ‘Teruk’!

Bekas kekasih jutawan terkenal, Elon Musk iaitu Jennifer Gwynne bertindak melelongkan cache gambar dan memorabilia, lapor stesen penyiaran CNN kelmarin.

Jennifer Gwynne merupakan bekas teman wanitanya ketika zaman kolej dahulu bertindak menjual  cenderahati tersebut menerusi firma lelongan RR Auction yang terletak di Boston, Massachusetts.

Menurut laporan RR Auction, difahamkan Gwyyne dan Musk bercinta pada tahun 1994 semasa mereka berdua memegang jawatan sebagai penasihat pemastautin di asrama universiti.

Malah, Musk terpaksa berhenti daripada program kedoktoran di Stanford selepas menamatkan pengajian di University of Pennsylvania untuk melancarkan syarikat pertamanya, Zip2.

Advertisement. Scroll to continue reading.

18 gambar lelaki terkaya di dunia itu telah dilelong ketika menjadi salah seorang pelajar seperti melepak dengan rakan penasihat pemastautinnya, erpelukan dengan teman wanita dan bermain di bilik asrama.

Apa yang lebih mengujakan, menurut RR Auction, barang yang mendapat hasil jualan tertinggi adalah kad hari lahir yang mengandungi ucapan yang romantik dan seutas rantai yang dihadiahkan oleh Musk kepada Gwynne bernilai lebih AS$10,000 (RM45,030).

“Selamat Hari Lahir Jennifer (aka Boo-Boo), Love, Elon,” ayat romentik pada kad tersebut.

Orang ramai terutamanya peminat Musk boleh membuat lelongan harga untuk setiap barang tersebut sehingga hari Rabu akan datang.

Sumber: Kosmo

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan kekecewaan terhadap sikap segelintir pihak dalam kancah bola sepak...

Bisnes

Malaysia sekali lagi menjadi tumpuan global setelah Gamuda Bhd iaitu syarikat pembinaan terkemuka negara dilaporkan menjual tanah seluas 389 ekar di Port Dickson kepada...

Spotlight

Pelakon terkenal Indonesia, Luna Maya sah bergelar isteri apabila selamat bernikah dengan aktor Maxime Bouttier dalam sebuah majlis gilang gemilang yang diadakan di Bali,...

Spotlight

Pengumuman konsert jelajah kumpulan K-pop terkenal, Blackpink yang akan diadakan pada musim panas ini telah menerima pelbagai reaksi daripada warganet. Peminat kesal tiket konsert...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd