Ramai rupanya tidak menyangka, influencer yang terkenal dengan video membantu orang ramai iaitu Pin Yang rupanya pengasas Foodie.
Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman TikToknya, Pin Yang mendedahkan Foodie telah bermula di Pulau Pinang iaitu Penang Foodie dan kini mempunyai 20 jenama rangkaian secara keseluruhan.
@sai_cx 老板访问系列 Boss Series #3 – SMJK Chung Ling Penang 93 boy Foodie boss
Artikel lain: Tujuh Cawangan Starbucks Terpaksa Ditutup
Bukan itu sahaja, Foodie kini memiliki 50 pekerja yang membantu membangunkan perniagaan malah, Pin Yang turut mendedahkan keuntungan syarikat mencecah jutaan ringgit untuk sebulan.
“Kami mulakan perniagaan sejak tahun 2018 lagi, sebelum ini saya bekerja part time dengan co-founder saya..Setiap kali habis kerja kami berdua akan pergi shoot content makanan. Pergi mamak, burger dan sebagainya.
“Saya buat keputusan untuk berhenti kerja lama dan beri fokus sepenuhnya terhadap kerja sekarang selepas saya target jika dapat RM15,000 sebulan. Kemudian kami ambil seorang pelajar praktikal yang kini sudah bekerja dengan kami,” ujarnya.
Tak sangka Pin Yang Founder Foodie!
Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak menyangka rupa-rupanya Pin Yang adalah pengasas Foodie selama ini memandangkan dia sebelum ini terkenal dengan content membantu orang ramai.
Bagusnya dia, turut berbangga!
Dalam pada itu, ramai meluahkan rasa bangga serta terinspirasi dengan pencapaian yang dimiliki Pin Yang yang sudah meraih pelbagai kejayaan meskipun baru sahaja berusia 30 tahun.
Malah, ada juga netizen turut berminat untuk bekerja di bawah syarikatnya malah, ramai mendoakan agar perniagaan terus berkembang maju.
Sumber: TikTok @Sai Penang Guy