Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Jualan Rendah, Keuntungan Bersih BFood Merosot Kepada RM19.03 Juta

Keuntungan bersih Berjaya Food Bhd (BFood) bagi suku pertama tahun kewangan 2024 berakhir 30 September 2023 merosot kepada RM19.03 juta daripada RM34.7 juta yang direkodkan pada suku sama tahun kewangan sebelumnya.

Pendapatan susut kepada RM278.53 juta daripada RM283.05 juta sebelumnya, kata kumpulan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

BFood berkata, penurunan marginal pendapatan terutamanya adalah disebabkan jualan lebih rendah oleh operasi Kenny Rogers Roasters di Malaysia, manakala keuntungan bersih lebih rendah khususnya disebabkan oleh pengecilan margin daripada tekanan kos inflasi.

Keuntungan bersih BFood merosot

Artikel lain: Harga Padi Jatuh RM600 Satu Tan, Pesawah Tuntut Harga Lantai Lebih Adil

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kumpulan mengisytiharkan dividen saham interim pertama satu saham perbendaharaan bagi setiap 100 saham biasa yang dipegang dalam tahun kewangan berakhir 30 Jun 2024.

“Dividen saham interim pertama adalah bersamaan dengan 0.44 sen sesaham berdasarkan saham biasa sedia ada syarikat, dan jumlah dividen diisytiharkan bagi tempoh kewangan berakhir 30 September 2023 akan berjumlah kira-kira RM7.72 juta, akan dikreditkan pada 29 Disember 2023.
“Tarikh kelayakan ditetapkan pada 14 Disember 2023,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Lembaga pengarah turut menjangkakan semua syarikat beroperasi dalam kumpulan akan kekal dalam landasan untuk baki suku tahun kewangan berakhir 30 Jun 2024.

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan kekecewaan terhadap sikap segelintir pihak dalam kancah bola sepak...

Bisnes

Malaysia sekali lagi menjadi tumpuan global setelah Gamuda Bhd iaitu syarikat pembinaan terkemuka negara dilaporkan menjual tanah seluas 389 ekar di Port Dickson kepada...

Spotlight

Pelakon terkenal Indonesia, Luna Maya sah bergelar isteri apabila selamat bernikah dengan aktor Maxime Bouttier dalam sebuah majlis gilang gemilang yang diadakan di Bali,...

Spotlight

Pengumuman konsert jelajah kumpulan K-pop terkenal, Blackpink yang akan diadakan pada musim panas ini telah menerima pelbagai reaksi daripada warganet. Peminat kesal tiket konsert...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd