Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Mengantuk Ketika Kerja, Pelakon Nak Saman ‘Barber’ Terpotong Telinga

Seorang pelakon Thailand dikenali sebagai Natthapong ‘Oatmeal’ Kanthathan, 26, berhasrat mahu saman barber di sebuah salun di Bangkok kerana memotong sebahagian telinganya.

Pelakon menangis cerita kronologi

Memetik laporan dari Thaiger merujuk kepada akaun TikTok o.atx, pelakon berkenaan dilihat menangis menceritakan kejadian tersebut yang berlaku pada 28 September lalu sewaktu dia dan beberapa orang kenalan datang ke salun terbabit.

@o.atx

โอ๊ตยังศรัทธาในความยุติธรรม และ เชื่อในความถูกต้องเสมอครับ นักแสดงตัวเล็กๆคนนึง ที่ไม่สามารถเรียกร้องอะไรได้เลย 🥹#โหนกระแส #พี่หนุ่มกรรชัย #ช่วยด้วย #ทุบโต๊ะข่าว #ทุบโต๊ะข่าวamarin

♬ เสียงต้นฉบับ – oatmeal – oatmeal

Advertisement. Scroll to continue reading.

Barber mengantuk ketika kerja

Oatmeal mendakwa yang tukang gunting di salun berkenaan kelihatan mengantuk sewaktu menggunting rambutnya sehingga dia terpaksa mengejut individu berkenaan sewaktu menjalankan kerjanya.

Walaupun sudah beberapa kali mengejutkan barber terbabit, dia tetap mengalami kecederaan apabila tukang gunting telah tergunting telinganya secara tidak sengaja sehingga menerima tujuh jahitan apabila dikejarkan ke hospital.

@o.atx

ผมทนไม่ได้แล้วครับ ไร้ความรับผิดชอบ ไร้จรรยาบรรณ โครตเสียใจเลยครับทุกคน #โหนกระแส #พี่หนุ่มกรรชัย #ช่วยด้วย #ร้านทําผมย่านทองหล่อ

♬ เสียงต้นฉบับ – oatmeal – oatmeal

Advertisement. Scroll to continue reading.

Barber bayar kos rawatan tapi enggan bayar pampasan

Difahamkan, tukang gunting terbabit telah membayar kos rawatan sebanyak 15,375 baht (RM2,020), namun tidak pula menawarkan wang pampasan.

Lelaki berkenaan juga memberikan ,500 baht (RM197.16) untuk insurans kesihatan tetapi enggan memberikan pampasan lain diatas kerugian yang dialaminya.

@o.atx

ผมทนไม่ได้แล้วครับ ไร้ความรับผิดชอบ ไร้จรรยาบรรณ โครตเสียใจเลยครับทุกคน #โหนกระแส #พี่หนุ่มกรรชัย #ช่วยด้วย ร้านทำผมย่านทองหล่อ

♬ เสียงต้นฉบับ – oatmeal – oatmeal

Advertisement. Scroll to continue reading.

Susulan daripada insiden tersebut, Oatmeal mengatakan yang dia telah kehilangan banyak pekerjaan termasuklah menjejaskan pendapatannya.

Jadi, ketika ini dia bersama peguamnya sedang merancang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap tukang gunting termasuklah pemilik salun itu kerana membuatnya mengalami kerugian.

Sumber: Thaiger, TikTok o.atx

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan kekecewaan terhadap sikap segelintir pihak dalam kancah bola sepak...

Bisnes

Malaysia sekali lagi menjadi tumpuan global setelah Gamuda Bhd iaitu syarikat pembinaan terkemuka negara dilaporkan menjual tanah seluas 389 ekar di Port Dickson kepada...

Spotlight

Pelakon terkenal Indonesia, Luna Maya sah bergelar isteri apabila selamat bernikah dengan aktor Maxime Bouttier dalam sebuah majlis gilang gemilang yang diadakan di Bali,...

Spotlight

Pengumuman konsert jelajah kumpulan K-pop terkenal, Blackpink yang akan diadakan pada musim panas ini telah menerima pelbagai reaksi daripada warganet. Peminat kesal tiket konsert...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd