Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Israel Alami Kejatuhan Moral, Masih Tak Mampu Kalahkan Pejuang Palestin

Israel alami kejatuhan moral dan memalukan apabila mendapat tentangan yang hebat daripada pejuang Hamas yang tidak mempunyai kelengkapan ketenteraan yang kuat berbanding negara mereka.

Menurut laporan Sinar Harian, Pensyarah Fakulti Undang-undang dan Hubungan Antarabangsa Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Profesor Madya Dr Mohd Afandi Salleh memaklumkan zionis kini terpaksa berdepan dengan situasi memalukan kerana tidak dapat melawan pejuang Hamas meskipun mempunyai sistem pertahanan terkuat dan tercanggih.

Israel alami kejatuhan moral

Artikel lain: Tentera Berjaya Musnahkan Enam Kereta Kebal Israel

Mana tidaknya, semangat yang dimiliki pejuang Hamas sudah cukup untuk menentang Israel sehingga mencabar kekuatan negara tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Isu sekarang timbul apabila ada segelintir rakyat Malaysia yang mempersoalkan mengapa Hamas serang Israel sedangkan negara itu memiliki kekuatan dari setiap ketenteraan.
“Kita kena sedar bahawa isu yang berlaku itu merupakan isu penjajahan yang menekan rakyat di Palestin. Golongan yang dijajah ini memang dari sudut ketenteraan tidak kuat namun mereka bersatu bersatu hati dalam usaha menghalau penjajah keluar dari tanah air mereka.
“Malah sistem pertahanan udara yang mereka banggakan iaitu Iron Dome sudah tidak kebal kerana serangan roket kini sudah sampai ke Tel Aviv. Hari ini kita dapat saksikan bagaimana penjajah itu dapat dihalau dan dicabar kerana kekuatan moral dan kekuatan spiritual yang dimiliki oleh setiap pejuang di Gaza bagi membebaskan Palestin” katanya.

Difahamkan juga, Mohd Afandi pernah berkunjung tiga kali ke Gaza untuk misi kemanusiaan antara tahun 2012 dan 2013.

Pada tahun 2018 beliau pernah berhasrat untuk mengikuti aktivis Humanitarian Care Malaysia (MyCare) namun usaha tersebut gagal kerana kapal yang dinaikinya ditahan oleh tentera Israel kira-kira 53 batu nautika dari pesisir pantai Gaza.

Bukan itu sahaja, beliau turut memuji semangat pejuang di Gaza yang tidak gentar akan kematian demi mempertahankan tanah air mereka malah sentiasa berusaha mendapatkan kemerdekaan daripada cengkaman penjajahan dan pencerobohan tidak berperikemanusiaan.

Sumber: Sinar Harian (Nurfardlina Izzati Mokhtar)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan kekecewaan terhadap sikap segelintir pihak dalam kancah bola sepak...

Bisnes

Malaysia sekali lagi menjadi tumpuan global setelah Gamuda Bhd iaitu syarikat pembinaan terkemuka negara dilaporkan menjual tanah seluas 389 ekar di Port Dickson kepada...

Spotlight

Pelakon terkenal Indonesia, Luna Maya sah bergelar isteri apabila selamat bernikah dengan aktor Maxime Bouttier dalam sebuah majlis gilang gemilang yang diadakan di Bali,...

Spotlight

Pengumuman konsert jelajah kumpulan K-pop terkenal, Blackpink yang akan diadakan pada musim panas ini telah menerima pelbagai reaksi daripada warganet. Peminat kesal tiket konsert...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd