Tiga anggota polis di Balai Polis Merbok, Sungai Petani telah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terbabit dalam urus niaga dadah pada Ahad lalu.
Guna kereta Proton Waja milik balai
Menerusi laporan dari Harian Metro, sumber memaklumkan yang pegawai SPRM telah melakukan pemeriksaan ke atas kenderaan Proton Waja milik Balai Polis Merbok dan menemui dadah di ruang tempat letak tayar simpanan sebelum tangkapan dibuat.
gambar sekadar hiasan
Ketiga-tiga anggota polis disiasat
Difahamkan, tiga suspek yang berpangkat Koperal berusia 32 tahun dan dua Lans Koperal berusia 35 serta 27 tahun ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17A Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
“Antara barangan ditemui adalah dadah dipercayai heroin seberat 33.88 gram, dadah dipercayai syabu seberat 19.5 gram dan dadah dipercayai ganja seberat 13.99 gram.
“Nilai rampasan kesemua dadah berkenaan adalah dianggarkan RM3,290,” katanya.
gambar sekadar hiasan
Artikel lain: “Tak Perlu Cerita Buruk Polis, Pulihkan Secara Dalaman” – KPN
Air kencing ketiga2 suspek negatif
Walau bagaimanapun, menerusi saringan ujian air kencing yang dijalankan, ketiga-tiga suspek disahkan negatif daripada barang terlarang berkenaan.
Jurucakap SPRM Kedah telah mengesahkan tangkapakan ke atas tiga anggota polis terbabit, namun enggan mengulas lanjut.
Setakat ini, pihak SPRM masih melakukan siasatan lanjut kerana kes dipercayai turut membabitkan sogokan wang tunai berjumlah RM5,000.
Sumber: Harian Metro (Wartawan NSTP)