Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Hanya Main 3 Pusingan, Remaja Lelaki Autisme Juara Kejohanan Golf Kebangsaan

Seorang lelaki autisme dari New Zealand yang baru sahaja berusia 12 tahun dinobatkan sebagai juara kejohanan golf kebangsaan walaupun hanya bermain tiga pusingan.

Menurut laporan Kosmo, remaja yang dikenali sebagai Bayleigh Teepa-Tarau itu telah berjaya memperoleh 87 mata Stableford dalam tiga pusingan sembilan lubang semasa menyertai Sukan Persatuan Sekolah Menengah (AIMS) tahun ini.

Meskipun menggunakan kayu golf yang dipinjam dan memakai kasut bola keranjang, ia tidak menghalang Bayleigh untuk mengalahkan pesaing yang lain.

https://www.facebook.com/AMShowNZ/videos/1519133665564297/

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Bayleigh tidak mengetahui perkara teknikal mengenai golf, namun dia hanya melangkah ke hadapan dan memukul bola. 
“Dia menyukai sukan itu dan minatnya mendorong dia bermain golf dengan baik,” kata pembantu guru dan jurulatih golf, Whetu Wiremu.

Susulan kejayaan tersebut, ia telah membuka mata orang ramai supaya tidak memandang rendah terhadap kebolehan Bayleigh malah, beberapa organisasi lain sudah mula bekerjasama mengumpul dana bagi memastikan remaja itu mencapai potensi penuh dalam sukan golf.

Sumber: AM, Kosmo!

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan kekecewaan terhadap sikap segelintir pihak dalam kancah bola sepak...

Bisnes

Malaysia sekali lagi menjadi tumpuan global setelah Gamuda Bhd iaitu syarikat pembinaan terkemuka negara dilaporkan menjual tanah seluas 389 ekar di Port Dickson kepada...

Spotlight

Pelakon terkenal Indonesia, Luna Maya sah bergelar isteri apabila selamat bernikah dengan aktor Maxime Bouttier dalam sebuah majlis gilang gemilang yang diadakan di Bali,...

Spotlight

Pengumuman konsert jelajah kumpulan K-pop terkenal, Blackpink yang akan diadakan pada musim panas ini telah menerima pelbagai reaksi daripada warganet. Peminat kesal tiket konsert...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd