Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Wanita Lepaskan Semula Lobster Harga RM1,020 Sebab Kasihan

Seorang wanita lebih rela lepaskan semula lobster yang dibelinya ke laut kerana kasihan dengan hidupan laut itu.

Lepaskan semula lobster

Memetik laporan dari The Sun, seorang wanita asal Switzerland dikatakan  telah pergi ke restoran makanan laut bersama suaminya telah memesan udang galah yang berharga 175 pound iaitu sekitar RM1,020 untuk dijadikan menu makan malam mereka.

@dailymirror

Woman orders £175 lobster from swanky restaurant and then threw it in the sea #dailymirror #breakingnews #news #italy #lobster #sardinia #seafood

♬ original sound – Daily Mirror

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tanya lobster akan cedera tak kalau lepaskan dari tempat tinggi

Ujar pemilik restoran dikenali sebagai Antonio, dia sudahpun mengambil udang galah tersebut dari dalam tangki serta menimbangnya di dapur.

Namun begitu, ketika datang kembali ke pelanggannya untuk menyatakan berat serta harga yang perlu dibayar, wanita terbabit telah bertanya kepadanya sama ada lobster tersebut akan tercedera ataupun tidak jika dilepaskan ke laut dari ketinggian yang agak tinggi.

Suami rakam momen lepaskan semula lobster

Tidak lama selepas diyakinkan oleh pemilik restoran, wanita berkenaan telah melepaskan secara perlahan-lahan lobster berkenaan sambil suaminya mengambil video bagi merakam momen tersebut.

Ramai ingat cuma bergurau

Tindakan pasangan berkenaan nyata mengejutkan ramai terutamanya pekerja restoran di Rome, Itali itu serta pengunjung yang berada disana kerana menyangkakan mereka hanya bergurau.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Melihat kegembiraan dan keterujaannya, saya juga terharu. Dia sangat gembira kerana dapat memenuhi hasrat ini dan kami tumpang gembira dengan niat baiknya itu,” ujar Antonio.

Sumber: The Sun, TikTok dailymirror

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan kekecewaan terhadap sikap segelintir pihak dalam kancah bola sepak...

Bisnes

Malaysia sekali lagi menjadi tumpuan global setelah Gamuda Bhd iaitu syarikat pembinaan terkemuka negara dilaporkan menjual tanah seluas 389 ekar di Port Dickson kepada...

Spotlight

Pelakon terkenal Indonesia, Luna Maya sah bergelar isteri apabila selamat bernikah dengan aktor Maxime Bouttier dalam sebuah majlis gilang gemilang yang diadakan di Bali,...

Spotlight

Pengumuman konsert jelajah kumpulan K-pop terkenal, Blackpink yang akan diadakan pada musim panas ini telah menerima pelbagai reaksi daripada warganet. Peminat kesal tiket konsert...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd