Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Berbeza Pendapat, Ariana Grande & Suami Bercerai Selepas Dua Tahun

Penyanyi Ariana Grande dilaporkan telah memfailkan perceraian terhadap suaminya, Dalton Gomez di Los Angeles, semalam.

Menurut laporan agensi antarabangsa, pasangan tersebut memilih jalan perceraian selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.

Sumber terdekat pasangan tu berkata, mereka memfailkan perceraian kerana perbezaan pendapat dan tidak sehaluan lagi.

“Hubungan mereka bergelora dan menghadapi masalah meluangkan masa bersama selain masalah penjadualan,”kata sumber.

Malah, peguam Ariana, Laura Wassar menyatakan permasalahan yang berlaku antara anak guamannya bersama suami yang juga ejen hartanah tidak dapat diselesaikan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Ariana memfailkan permohonan perceraian pada Isnin dan menyatakan puncanya adalah kerana perbezaan antara dia dan pasangan tidak dapat didamaikan.
“Dalton (suami Ariana) kemudiannya juga melakukan perkara sebelum pergi ke mahkamah bagi memotong cek Dalton,”menurut peguam.

Sementara itu, meninjau di media sosial Ariana Grande, kali terakhir dia memuat naik gambar bersama suaminya ialah pada November bagi menutup spekulasi tular mengatakan mereka telah berpisah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Spekulasi tersebut tular selepas penyanyi lagu Thank U, Next dilihat muncul tanpa memakai cinta perkahwinan pada Julai lalu.

Sekadar info, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2021 dalam satu majlis tertutup yang dihadiri 20 tetamu.

Sumber: Instagram

Sumber: TMZ, People, harpersbazaar

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan kekecewaan terhadap sikap segelintir pihak dalam kancah bola sepak...

Bisnes

Malaysia sekali lagi menjadi tumpuan global setelah Gamuda Bhd iaitu syarikat pembinaan terkemuka negara dilaporkan menjual tanah seluas 389 ekar di Port Dickson kepada...

Spotlight

Pelakon terkenal Indonesia, Luna Maya sah bergelar isteri apabila selamat bernikah dengan aktor Maxime Bouttier dalam sebuah majlis gilang gemilang yang diadakan di Bali,...

Spotlight

Pengumuman konsert jelajah kumpulan K-pop terkenal, Blackpink yang akan diadakan pada musim panas ini telah menerima pelbagai reaksi daripada warganet. Peminat kesal tiket konsert...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd