Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Selami Isu Motor ‘Rider’ Kena Sita, Fahmi Fadzil Jumpa Pihak Berkaitan

Baru-baru ini, tular mengenai nasib penghantar makanan apabila motosikal miliknya disita oleh pihak berkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sehingga menjadi bualan kerana dikatakan ‘tidak mempunyai empati’.

Malah, isu mengenai motosikal seorang ‘rider’ disita gara-gara lesen tamat tempoh serta tiada insurans turut mendapat perhatian Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

Fahmi Fadzil jumpa Foodpanda, Grab, JPJ, KKD & MDEC

Fahmi Fadzil menerusi hantaran di Facebooknya semalam, memaklumkan beliau telah pun mengadakan pertemuan dengan beberapa pihak berkaitan bagi memahami situasi sebenar yang berlaku melibatkan ‘rider’ p-hailing.

Dalam hantaran tersebut, Ahli Parlimen Lembah Pantai menyatakan seramai 112 ‘rider’ p-hailing dilaporkan telah meninggal dunia selain 1,242 terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kita semua tahu kes motosikal seorang rider Foodpanda yang disita di Nilai baru-baru ini akibat lesen tamat tempoh dan motosikal tiada insuran.
“Hari ini saya telah bertemu pihak Foodpanda, Grab serta wakil JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan), KKD (Kementerian Komunikasi dan Digital) dan MDEC (Malaysian Digital Economy Corporation) untuk faham bagaimana seorang ‘rider’ boleh bekerja tanpa lesen atau insuran motosikal yang sah hingga berlaku insiden tersebut.
“Saya difahamkan, secara keseluruhan terdapat hampir 200,000 rider pelbagai platform di seluruh negara. Pihak JPJ memaklumkan dari 1,242 kemalangan jalan raya sehingga Mei 2022, 112 orang ‘rider’ p-hailing meninggal dunia,”menerusi hantaran di Facebook.

Melihat kepada data yang dibentangkan, Fahmi menegaskan aspek keselamatan jalan raya dan pematuhan undang-undang adalah penting.

Notifikasi peringatan lesen tamat tempoh

Dalam pada itu, Fahmi berterima kasih kepada pihak Grab dan Foodpanda kerana sudi meluangkan masa bersama bagi menyelesaikan masalah bersama demi keselamatan para penghantar makanan.

“Terima kasih kepada Grab dan Foodpanda atas kesudian bertemu, serta saya alu-alukan semangat mereka untuk usahakan beberapa penyelesaian – termasuk notifikasi peringatan lesen tamat tempoh – agar riders dapat melakukan kerja dengan lebih selamat,”katanya.

Fahmi berkata KKD menerusi MDEC akan terus bersama sektor p-hailing dalam usaha memajukan ekonomi digital di Malaysia.

Sumber: Fb Fahmi Fadzil

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan kekecewaan terhadap sikap segelintir pihak dalam kancah bola sepak...

Bisnes

Malaysia sekali lagi menjadi tumpuan global setelah Gamuda Bhd iaitu syarikat pembinaan terkemuka negara dilaporkan menjual tanah seluas 389 ekar di Port Dickson kepada...

Spotlight

Pelakon terkenal Indonesia, Luna Maya sah bergelar isteri apabila selamat bernikah dengan aktor Maxime Bouttier dalam sebuah majlis gilang gemilang yang diadakan di Bali,...

Spotlight

Pengumuman konsert jelajah kumpulan K-pop terkenal, Blackpink yang akan diadakan pada musim panas ini telah menerima pelbagai reaksi daripada warganet. Peminat kesal tiket konsert...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd