Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

PM Hadiri CAEXPO & CABIS Di Nanning, Harap Lonjak Banyak Pelaburan & Perdagangan

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Nanning di selatan China bagi menghadiri Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) 2023 dan Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan China-ASEAN (CABIS) dari 16 hingga 19 September.

Menerusi kedua-dua program itu, Anwar menyentuh soal kepentingan kebersamaan rantau ini dan China agar terus fokus kepada aspek keamanan, kestabilan selain perdagangan beserta pelaburan yang terkait, kendatipun menopang cabaran pasca-pandemik dan dinamika geopolitik dunia masa kini.

“Apakala ASEAN diramai menjadi antara benua yang pantas membangun tahun ini, adalah penting usaha sedemikian dipelbagaikan seiring dengan perubahan dunia yang semakin mencabar.
“Saya sempat menyentuh mengenai Rundingan Penambahbaikan ACFTA 3.0 yang sedang berjalan dimana ia amat penting bagi pemulihan pasca-pandemik COVID-19…
“…hatta meningkatkan hubungan perdagangan dan pelaburan antara ASEAN dan China, serta memastikan pergerakan barangan dan perkhidmatan yang lancar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perasmian CAEXPO dan CABIS bersama para pemimpin ASEAN sebelum berkongsi semula kenyataan menerusi sebuah hantaran di laman Facebook.

Sementara itu, Anwar juga berharap perjanjian bagi kemasukan rundingan meliputi bidang pertumbuhan baharu seperti ekonomi digital, teknologi hijau, kesalinghubungan rantaian bekalan, persaingan, perlindungan pengguna, dan perniagaan mikro, kecil dan sederhana (MSME) kekal relevan dan berwawasan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Berkenaan Belt and Road Initiative (BRI)oleh China, saya singgung akan kepentingan usaha itu dalam mengukuhkan hubungan antara rantau ASEAN dengan negara itu, selain kesemua negara lain yang terlibat dalam BRI, sementelahan meluluk kesalinghubungan dan peluang pertumbuhan baharu merentasi rantau ASEAN, Asia Pasifik, Afrika, serta Eropah Timur dan Eropah Tengah.
“Saya kemudian merasmikan Pavillion Malaysia, di mana sebanyak 107 syarikat Malaysia telah membuka gerai mereka untuk mempamerkan produk terbaik masing-masing,” ujarnya.

Dalam masa sama, Anwar yang juga Menteri Kewangan berharap ekspo ini mampu melonjak lebih banyak pelaburan serta perdagangan untuk dimanfaatkan ekonomi negara pada masa hadapan.

Sumber: Facebook Anwar Ibrahim

+ posts

Avatar
Ditulis oleh Nor Hidayah

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Politik

BERSATU membuat keputusan untuk memecat Ahli Parlimen Tanjong Karang, Zulkafperi Hanapi dan Ahli Dewan Negeri (Adun) Selat Kelang, Abdul Rashid Asari berkuat kuasa serta...

Spotlight

Pelakon terkenal Hong Kong, Stephen Chow mewasiatkan sejumlah wang dan harta kepada dua aktres wanita memandangkan dia tidak mempunyai pewaris harta bagi kekayaannya. Vnexpress...

Sukan

Semangat kelab pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang menunjukkan sikap profesional dan komited untuk meneruskan perlawanan meraih pujian Menteri Besar (MB) Johor. Menerusi perkongsian...

Lokal

Polis sedang mengenal pasti pemilik akaun media sosial menggunakan nama ‘Muhammad Imran Suresh’ yang mendakwa memiliki maklumat berhubung kes pemain bola sepak, Faisal Halim...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd