Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Fahmi Fadzil Akan Jumpa Penganjur, Mahu Jadikan Keretapi Sarong Aktiviti Bulan Kebangsaan

Bermula tahun depan, Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) mahu menjadikan program persembahan kilat berkumpulan iaitu Keretapi Sarong sebagai sebagai aktiviti bagi meraikan Bulan Kebangsaan.

Menurut laporan BERNAMA, menterinya Fahmi Fadzil berkata, ia susulan program anjuran pertubuhan bukan kerajaan (NGO), LOCCO itu mendapat sambutan dalam kalangan lebih 10,000 rakyat sempena Hari Malaysia, semalam.

https://www.facebook.com/bernamaofficial/posts/pfbid059V1gHrVt4rtQV4bDgc2gNQAmPXh8bVvy9MTqfh4LyRGkgeUXZ44brP2NvN7oehPl

Fahmi berkata, beliau juga bercadang untuk bertemu dengan pihak penganjur bagi menjadikan program itu dapat dimasukkan ke dalam kalendar sambutan Bulan Kebangsaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya berharap tahun depan kita dapat merencanakan lebih banyak program di peringkat Bulan Kebangsaan supaya ia tidak hanya melibatkan kibar Jalur Gemilang sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas sambutan Hari Malaysia peringkat kebangsaan di Stadium Perpaduan, Kuching pada malam Sabtu.

Foto: FB Fahmi Fadzil

Tahun ini, Keretapi Sarong 2023 (KS 2023) membawa tema ‘Etnik dan Perpaduan’ yang menyemai semangat cintakan negara walaupun dalam kepelbagaian sempena sambutan Hari Malaysia.

Program tersebut menghimpunkan rakyat yang tampil mengenakan pelbagai jenis pakaian tradisional daripada kaum serta etnik yang terdapat di Malaysia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Peserta berarak menaiki pengangkutan awam sambil beramai-ramai menyanyikan lagu berunsurkan patriotik menuju ke lokasi utama iaitu di Dataran merdeka.

Sumber: BERNAMA, Foto (Nur Syaheda Imran)

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Malaysia sekali lagi menjadi tumpuan global setelah Gamuda Bhd iaitu syarikat pembinaan terkemuka negara dilaporkan menjual tanah seluas 389 ekar di Port Dickson kepada...

Spotlight

Pelakon terkenal Indonesia, Luna Maya sah bergelar isteri apabila selamat bernikah dengan aktor Maxime Bouttier dalam sebuah majlis gilang gemilang yang diadakan di Bali,...

Politik

Gesaan agar Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden parti semakin mendapat momentum selepas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Adam...

Sosial

Baru-baru ini, seorang anggota polis Din Helmy berkongsi satu pengalaman yang menyentuh hati orang ramai melalui satu hantaran di akaun TikTok miliknya. Menerusi video...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd