Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Nak Jadi Spiderman Punya Pasal, Budak 8 Tahun Rela Digigit Labah-Labah

Seorang kanak-kanak dari bandar Vichuloma, Oruro, Bolivia membiarkan dirinya digigit oleh labah-labah dengan harapan bertukar menjadi adi wira, Spiderman.

Difahamkan, kanak-kanak yang berusia lapan tahun itu terpengaruh dengan watak Spiderman dan Ketua Program Penyakit Zoonotik Jabatan Kesihatan Oruro, Ernesto Vasquez memaklumkan budak tersebut menemui labah-labah tersebut di bawah batu.

“Tanpa memikirkan risiko, dia mengambil dan meletakkannya di belakang tapak tangannya sebelum labah-labah itu menggigitnya.
“Selepas itu, dia menyimpan haiwan itu di dalam gelas dan membawa pulang ke rumah, namun tiga jam kemudian, dia mula rasa sakit badan dan ototnya seperti kejang,” katanya.

Jelasnya lagi, ibu kanak-kanak itu bergegas ke klinik berhampiran untuk mendapatkan rawatan sebelum dirujuk ke Hospital Besar San Juan de Dios di bandar Oruro.

“Pemeriksaan lanjut mendapati dia digigit labah-labah hitam sebelum doktor memberikannya ubat antiracun dan keadaannya stabil, kira-kira setengah jam selepas mendapat rawatan.
“Kami amat bimbang apabila kanak-kanak itu memberitahu dia membiarkan digigit labah-labah itu dengan tujuan mahu menjadi Spiderman.
“Ibu bapa harus mendidik anak mengenai bahaya haiwan ini, kerana jika tidak dirawat segera, labah-labah ini boleh mengancam nyawa,” ujarnya lagi.

Sekadar info, racun labah-labah ini mengandungi neurotoksin yang dikenali sebagai alpha latrotoxin yang boleh menjejaskan sistem saraf,

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ia boleh menyebabkan gejala seperti sakit, kemerahan dan bengkak di sekitar bahagian gigitan, kekejangan perut, loya dan muntah dan berpeluh.

Individu yang digigit selalunya tidak mengalami sebarang komplikasi serius, walaupun mereka mungkin mengalami tahap ketidakselesaan yang berbeza-beza, dan mungkin memerlukan rawatan perubatan dalam kes lebih teruk.

Sumber: Harian Metro 

Advertisement. Scroll to continue reading.
+ posts

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Atlet kayak Malaysia, Siti Nurul Masyitah Elias dilaporkan cedera parah selepas dipercayai dilanggar oleh pemandu mabuk pada Sabtu. Menerusi satu perkongsian di Instagram, Persatuan...

Kolumnis

Malaysia sebuah negara yang mempunyai kepadatan penduduk sebanyak 33.7 juta (DoSM, 2024). Daripada jumlah penduduk ini, generasi dan usia dibahagikan kepada beberapa lapisan iaitu...

Lokal

Seorang bayi perempuan baru dilahirkan ditemui berbalut dengan kain batik dalam kotak di atas jalan berhampiran Gua Tempurung di Gopeng, Ahad lalu. Memetik laporan...

Lokal

Empat dewan bedah di Pusat Jantung Hospital Serdang dilaporkan sudah tidak boleh digunakan kerana kesemuanya menghadapi masalah penyelenggaraan. Memetik laporan The Star, Hospital Serdang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd