Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Suami Isteri Sanggup Jual Anak Usia Lapan Bulan Demi iPhone 14

Siapa sangka, sepasang suami isteri dari India sanggup menjual anak mereka yang berumur lapan bulan untuk mendapatkan iPhone 14 yang diidamkan.

Difahamkan, mereka bertindak sedemikian kerana mahu merakam video dan gambar ketika mengembara ke seluruh rantau India bagi dimuat naik ke ‘Reels’ Instagram (IG) sebagai tatapan untuk pengikut di aplikasi tersebut.

Ibu kepada bayi tersebut yang dikenali sebagai Sathi telah ditahan oleh pihak berkuasa manakala bapa, Jaydev Ghosh telah menghilangkan diri tanpa meninggalkan jejak.

gambar hiasan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Operasi mencari lelaki tersebut masih giat dijalankan dan pihak berkuasa sudah membuka kertas siasatan memandangkan mereka melakukan urus niaga haram.

Menceritakan kembali kejadian, jiran menyedari tingkah laku pelik pasangan tersebut yang kelihatan tidak bimbang selepas anak mereka hilang.

Apa yang mengejutkan, keluarga tersebut secara tiba-tiba mempunyai iPhone 14 yang berharga kira-kira 100,000 rupee (kira-kira RM5,529) walhal mempunyai masalah kewangan.

gambar hiasan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kemudiann jiran itu mendedahkan Jaydev cuba menjual anak perempuannya yang berumur tujuh tahun.

“Selepas menjual bayi lelaki itu, Jaydev cuba menjual anak perempuannya pula pada tengah malam Sabtu.
“Kami memaklumkan kepada polis sebaik sahaja mengetahuinya dan polis sudah menahan Jaydev,” kata ahli majlis tempatan Tarak Guha.

Susulan kejadian ini, Jaydev dan isterinya serta wanita yang membeli bayi mereka akan berdepan pertuduhan berat berkaitan kes pemerdagangan manusia.

gambar hiasan

Sumber: Buletin TV3

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan kekecewaan terhadap sikap segelintir pihak dalam kancah bola sepak...

Bisnes

Malaysia sekali lagi menjadi tumpuan global setelah Gamuda Bhd iaitu syarikat pembinaan terkemuka negara dilaporkan menjual tanah seluas 389 ekar di Port Dickson kepada...

Spotlight

Pelakon terkenal Indonesia, Luna Maya sah bergelar isteri apabila selamat bernikah dengan aktor Maxime Bouttier dalam sebuah majlis gilang gemilang yang diadakan di Bali,...

Spotlight

Pengumuman konsert jelajah kumpulan K-pop terkenal, Blackpink yang akan diadakan pada musim panas ini telah menerima pelbagai reaksi daripada warganet. Peminat kesal tiket konsert...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd