Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

CZN Burak Saman Bapa RM45 Juta Selepas Disyaki Seleweng Duit Syarikat

Cef Turki terkenal dan influencer media sosial, CZN Burak atau nama sebenarnya Burak Ozdemir telah mengambil tindakan saman RM45 juta terhadap bapanya, Hasan Ozdemir yang didakwa melakukan penipuan.

Menurut laporan Arab News, Hasan Ozdemir telah menggunakan media dan syarikat hiburan anaknya, Hatay Medya untuk menggelapkan dana demi mendapatkan pinjaman atas nama CZN Burak dan tanpa pengetahuannya.

View this post on Instagram

A post shared by Burak Özdemir (@cznburak)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Hasan jual restoran hak milik anaknya?

Difahamkan, bapanya itu menggunakan dana yang diseleweng itu untuk memperoleh kereta dan hartanah mewah.

Apa yang lebih mengejutkan, CZN Burak mendakwa bapanya telah menjual hak sebuah restoran miliknya dengan harga RM187 juta kepada pelabur luar.

Bagaimanapun, Hasan menolak tuduhan itu dengan mendakwa wang itu dilaburkan dalam perniagaan anaknya tanpa sebarang niat penipuan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bahkan, dia menegaskan bahawa bantuan kewangan yang diberikan oleh anaknya itu bertujuan untuk mempromosikan jenamanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sekadar info, Hatay Medya ditubuhkan untuk menghasilkan kandungan digital untuk platform media sosial chef Ozdemir, di mana dia menunjukkan kepakarannya dalam menyediakan makanan Arab dan Anatolia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada mulanya dikenali sebagai Smiley Bae namun populariti chef itu melonjak dan dia kemudiannya menceburi perniagaan restoran serta memiliki rangkaian pertubuhan.

Restoran pertamanya, di kejiranan Aksaray di Istanbul, hanya mempunyai 15 meja ketika ia mula dibuka pada 2011.  CZN Burak dengan bantuan bapanya, kemudian mengembangkan perniagaannya selama bertahun-tahun dan membuka cawangan keduanya pada 2013 di Taksim.

Sumber: Arab News

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan kekecewaan terhadap sikap segelintir pihak dalam kancah bola sepak...

Bisnes

Malaysia sekali lagi menjadi tumpuan global setelah Gamuda Bhd iaitu syarikat pembinaan terkemuka negara dilaporkan menjual tanah seluas 389 ekar di Port Dickson kepada...

Spotlight

Pelakon terkenal Indonesia, Luna Maya sah bergelar isteri apabila selamat bernikah dengan aktor Maxime Bouttier dalam sebuah majlis gilang gemilang yang diadakan di Bali,...

Spotlight

Pengumuman konsert jelajah kumpulan K-pop terkenal, Blackpink yang akan diadakan pada musim panas ini telah menerima pelbagai reaksi daripada warganet. Peminat kesal tiket konsert...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd