Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

“Nujum Pak Belalang Kah Dia Ini Bulan Ogos Harga Barang Akan Naik?” – Fahmi Fadzil

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menafikan dakwaan harga barang meningkat sebanyak 20 peratus bermula Ogos ini memandangkan petunjuk ekonomi pada tahun ini adalah lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Jelasnya, perkara tersebut tidak akan terjadi kerana melihat kepada kadar inflasi yang direkodkan setakat ini menunjukkan trend penurunan.

“Saya lihat laporan dalam beberapa media hari ini bahawa dalam bulan Ogos ini, harga barang naik 20 peratus. Macam mana dia tilik, dia rujuk, nujum pak belalang kah dia ini, bulan Ogos harga akan naik,” katanya.

Beliau memberi maklum balas susulan dakwaan Presiden Dewan Perniagaan dan Industri India Kuala Lumpur dan Selangor (KLSICCI), Nivas Ragavan yang memaklumkan harga barang pengguna dijangka akan meningkat sebanyak 20 peratus menjelang Oktober tahun ini disebabkan inflasi import dan peningkatan kos operasi perniagaan.

Jelasnya, sejak Januari lalu telah mengesan peningkatan 20 peratus kos pengeluaran dan operasi dalam kalangan ahli KLSICCI.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kenaikan tersebut berlaku disebabkan oleh kemerosotan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) sehingga berlakunya inflasi import pada kadar tinggi.

Dalam pada itu, Fahmi mendedahkan kerajaan perpaduan telah berjaya menurunkan kadar inflasi daripada 3.3 peratus pada April kepada 2.8 peratus pada Mei.

“Kedua, suku pertama tahun ini menyaksikan pertumbuhan ekonomi yang sangat rancak iaitu 5.6 peratus dan kadar ini adalah lebih rancak dari China, Singapura dan Indonesia,” ujarnya.

Bukan itu sahaja, kestabilan politik di negara ini telah mempengaruhi peningkatan jumlah pelaburan iaitu berjumlah RM71 bilion berbanding tahun lepas, RM44 bilion.

Bahkan, jumlah pelaburan asing juga dijangka terus meningkat pada masa akan datang termasuk melibatkan pelaburan besar dari kerajaan Arab Saudi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Utusan Malaysia (Aslinda Nasir)

+ posts

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Atlet kayak Malaysia, Siti Nurul Masyitah Elias dilaporkan cedera parah selepas dipercayai dilanggar oleh pemandu mabuk pada Sabtu. Menerusi satu perkongsian di Instagram, Persatuan...

Kolumnis

Malaysia sebuah negara yang mempunyai kepadatan penduduk sebanyak 33.7 juta (DoSM, 2024). Daripada jumlah penduduk ini, generasi dan usia dibahagikan kepada beberapa lapisan iaitu...

Lokal

Seorang bayi perempuan baru dilahirkan ditemui berbalut dengan kain batik dalam kotak di atas jalan berhampiran Gua Tempurung di Gopeng, Ahad lalu. Memetik laporan...

Lokal

Empat dewan bedah di Pusat Jantung Hospital Serdang dilaporkan sudah tidak boleh digunakan kerana kesemuanya menghadapi masalah penyelenggaraan. Memetik laporan The Star, Hospital Serdang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd