Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Kaki Pukul Disyaki Punca Isteri Masak Suami Jadi Kari Daging

Suatu ketika dahulu, dunia pernah dikejutkan dengan kes jenayah yang dilakukan oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Nagaratha Vally Ramiah yang telah membunuh suaminya, Ayakannu Marimuthu.

Menceritakan kembali kisah tersebut, pada awalnya ramai yang menyangkakan Ayakannu hilang tanpa dikesan selepas isterinya membuat laporan di balai polis Joo Chiat pada 18/12/1984.

Ayakanno yang bekerja sebagai pegawal keselamatan dikatakan telah pergi bercuti ke Genting Highland Malaysia untuk aktiviti perjudian namun, tidak pulang ke tempat asalnya iaitu di Singapura.

Polis mula curiga dengan isteri mangsa

Bagaimanapun, selepas tiga tahun berlaku Ayakannu dikategorikan sebagai ‘orang hilang’, polis telah membuka kertas siasatan dengan memanggil 30 individu bagi mengambil keterangan memandangkan pihak berkuasa mencurigai sikap Ramiah yang seperti tidak ambil endah atas kehilangan suaminya itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Salah seorang suspek terbuka mulut

Pada 23/3/1987, lapan suspek utama telah ditahan termasuklah Ramiah, ibu serta tiga orang abangnya bersama isteri masing-masing dipanggil untuk membantu siasatan.

Walaupun kesemua suspek menafikan tuduhan namun, salah seorang daripada mereka tidak sengaja membuka mulut mengenai jenayah yang mereka lakukan.

Badan mangsa digulaikan jadi kari oleh isteri

Segalanya terbongkar apabila pada 12/12/1984, Ayakannu yang sepatutnya pergi ke Malaysia telah dihalangi apabila Ramiah telah membawa mangsa ke sebuah rumah ibadat yang menjadi lokasi lelaki itu diikat dan dikasari sehingga meninggal dunia.

Tubuh badan mangsa telah dipisahkan oleh adik Ramiah yang bekerja sebagai penjual daging kemudian, digaul bersama rempah kari dan dimasak dalam sebuah periuk bersaiz besar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Lebihan tulang yang ada telah dibungkus dalam plastik hitam dan kemudiannya dibuang dalam tong sampah di lokasi yang berbeza.

Gambar hiasan

Pertuduhan terhadap suspek digugurkan

Pun begitu, pertuduhan terhadap suspek telah digugurkan kerana badan Ayakannu, bukti seperti batang besi serta periuk tidak berjaya dikesan oleh pihak berkuasa.

Namun, keluarga tersebut boleh didakwa semula ke mahkamah jika polis menemui bukti baharu susulan kejadian yang kejam itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Meskipun punca kejadian itu tidak didedahkan, media Singapura membuat spekulasi ia berpunca daripada sikap Ayakannu yang panas baran, kaki botol dan sering memukul isterinya. Kisah keluarga ini kekal menjadi misteri malah, antara jenayah terburuk yang berlaku di Singapura.

Sumber: Twitter @Jeffrey Zain

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan kekecewaan terhadap sikap segelintir pihak dalam kancah bola sepak...

Spotlight

Pelakon sensasi Indonesia, Jefri Nichol masih teruna dan akui hilang tawaran kerja melibatkan kerjasama dengan beberapa jenama terkenal susulan dakwaan meniduri lebih 20 wanita....

Bisnes

Malaysia sekali lagi menjadi tumpuan global setelah Gamuda Bhd iaitu syarikat pembinaan terkemuka negara dilaporkan menjual tanah seluas 389 ekar di Port Dickson kepada...

Spotlight

Pelakon terkenal Indonesia, Luna Maya sah bergelar isteri apabila selamat bernikah dengan aktor Maxime Bouttier dalam sebuah majlis gilang gemilang yang diadakan di Bali,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd