Inspirasi
7 Sekawan Beli Rumah Besar Demi Luangkan Sisa Hidup Bersama

Sekumpulan 7 sekawan wanita di Selatan China telah membeli sebuah rumah untuk menikmati dan menghabiskan masa mereka bersama-sama.
Bermula dengan hanya sebuah gurauan diantara mereka pada 2008 tetapi kini menjadi kenyataan.
Rumah yang mempunyai keluasan 700 meter persegi itu terletak di kawasan pinggir bandar Guangzhou, wilayah Guangdong.
Rumah yang belum diubahsuai
Mereka telah bersama-sama mengumpul wang sebanyak 4 million yuan (RM2,412,785) untuk membeli dan mengubahsuai semula rumah tersebut.
Hari ini, rumah yang mempunyai cerita yang tersendiri itu kukuh dan tersergam indah dengan dikelilingi tanaman padi.
Bahagian di ruangan bawah rumah mereka menyediakan ruang tamu yang luas untuk aktiviti bersama-sama manakala bahagian di ruangan atas pula ialah bilik bagi setiap seorang.
Setiap bilik berdindingkan gelas kaca serta mempunyai tatami yang besar
Ruang yang luas dan pemandangan yang cantik…
Selain itu, rumah mereka juga mempunyai dapur yang cantik dan juga kolam mandi. Setiap perabot dibeli khas daripada India dan Morocco.
Mereka juga berkongsi minat yang sama iaitu penggemar teh jadi mereka telah membina satu pondok kecil di tengah kawasan tanaman padi dimana laluannya adalah daripada kayu buluh.
“Kami akan masak bersama, barbeku di sini, menyanyi dan membeli makanan di kampung”
Menurut mereka, kerja-kerja rumah dapat dilakukan bersama-sama dan setiap daripada mereka boleh mempelajari tentang tugas masing-masing.
Jarak usia diantara mereka ialah berbeza 10 tahun, tetapi ianya tidak menjadi penghalang bagi mereka untuk terus tinggal bersama.
“10 atau 15 tahun nanti, anak kami akan membesar dan kami berharap kami masih lagi boleh bersama untuk tahun-tahun seterusnya”
Sumber: NetShark

-
WOW12 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF1 year ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon1 year ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi12 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF1 year ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit