Connect with us

Infozon

4 Tragedi Yang Berpunca Dari Gajet. Selamat Berfikir!

Status ini ditulis oleh seorang ibu yang mempunyai 3 cahaya mata (8 tahun, 6 tahun, dan 3 tahun dan si ibu ni tengah bercadang untuk beli smartphone sorang satu untuk anak-anak dia.

Saya tak tahu apa yang korang rasa lepas baca status tersebut. Tapi saya ada rasa macam-macam. Rasa sedih, malu, marah, bengang, insaf, campur-campur.

Maaf kalau anda fikir saya terlalu cepat menilai si ibu tersebut. Tapi masihhhhh saya tak nampak kat mana logiknya dengan membelikan smartphone untuk anak2 seusia itu.Saya tak nampak macam mana keputusan itu mampu menyelesaikan masalah beliau (anak berebut phone).

4 Tragedi yang Berpunca Dari Gajet. Selamat Berfikir!1

In fact, bagi saya si ibu hanya sedang membuka jalan ke arah lebih banyak kemudaratan terhadap anak-anak nya. Na’uzubillahi min zalik.

Ibu..
Saya faham anda mungkin letih.
Saya faham anda mungkin sibuk.

Saya faham anak-anak anda ramai dan anda juga mungkin perlukan masa bersendiri untuk menenangkan fikiran. Tapi saya percaya, itu bukan keputusan yang terbaik. There must be a better way to do it. Sorry.

Tapi saya rasa sebenarnya ramai ibu bapa di luar sana yang mungkin sependapat dengan ibu tersebut. Yang mungkin setuju dengan tindakan ibu tersebut, belikan smartphone sorang seketul untuk anak-anak yang belum mumayyiz, yang sepatutnya hidup mereka sarat dengan aktiviti bermain bagi meransang keseluruhan aspek perkembangan mereka.

Namun alasan si ibu, rimas anak asyik berebut phone. No, saya bukan anti smartphone. Anak saya juga terdedah dengan smartphone. Dan ini memang zaman mereka pun. Zaman anak-anak kita memang zaman gajet.

Tapi kalau dah sampai tahap nak belikan sorang satu, saya rasa lebih baik fikir semula. Yes, beliau mungkin mampu mengawal dan mengehadkan penggunaan smartphone itu nanti.

Tapi sejauh mana? My dear parents, kita akan kalah dengan anak-anak, bila kita mula memberi mereka kuasa. Membelikan smartphone untuk mereka, adalah sama dengan memberi kuasa. Ingat ye, anak-anak kita ada kuasa memanipulasi yang sangat dahsyat.

Dan adakah kita benar-benar bersedia dan tahu bagaimana nak menghadapi consequences nya nanti? Maaf kalau sebahagian daripada anda yang sedang membaca ni, kurang suka dengan apa yang saya tulis hari ni.

Saya faham, setiap orang ada pilihan dan ada kuasa buat keputusan. Dan setiap ibu bapa pastinya nak yang terbaik untuk anak-anak mereka. Cuma saya nak share 4 TRAGEDI yang berpunca dari screen exposure (smartphones/TV/tablet).

Dan kesemua tragedi yang bakal saya kongsikan ini adalah KISAH BENAR yang didengar dan dilihat oleh telinga dan mata saya sendiri.

4 Tragedi yang Berpunca Dari Gajet. Selamat Berfikir!

Tragedi pertama

Kisah ni diceritakan sendiri oleh Ustaz Hasrizal, pengasas Khalifah Model School, ketika kami sama-sama dijemput jadi panelis sebuah forum dan kisah ni adalah tentang anak Ustaz Hasrizal sendiri.

Mohon halalkan ye ustaz, saya share kat sini. Demi menyebar manfaat dan membuka minda ibu bapa. So, menurut ustaz, anak beliau ni ketagihan game Minecraft. Dan akibat ketagihan dan pendedahan game yang tak terkawal,

Akhirnya salah satu mata anak beliau macam terlari sikit, atau dipanggil juling. Dan sekarang anak ustaz perlu menjalani rawatan berterusan untuk betulkan balik matanya.Tapi saya respect dengan ustaz hasrizal sebab dia sangat cool masa bercerita tu.

Siap boleh buat lawak tapi muka rilek je tunggu orang habis gelak. Kata ustaz, beliau dan isteri bukan tak kawal. Of course diorang dah jalankan sistem kawalan tahap tertinggi.

In fact, dia hanya belikan satu handphone saje dan perlu dikongsi oleh anak-anaknya. Means, setiap anak diperuntukkan masa tertentu saje untuk guna phone tu.Tapi macam saya cakap tadi, anak-anak kita mempunyai kemahiran memanipulasi yang sangat dahsyat.

Bila dah terlalu suka atau ketagih, anak-anak sanggup buat apa saje untuk dapatkan apa yang dia mahu.

Dan itu lah yang terjadi kepada salah seorang anak ustaz Hasrizal tadi. Tapi ustaz kata, dia bersyukur. Sebab dengan terjadinya tragedi ni, dia akhirnya ada bukti yang kukuh untuk dijadikan contoh kepada masyarakat yang belum sedar-sedar tentang bahaya gajet.

4 Tragedi yang Berpunca Dari Gajet. Selamat Berfikir!3

Tragedi kedua

Masa saya dijemput untuk buat sedikit Sharing Session di Putrajaya beberapa bulan lepas, lepas habis talk tu, tetiba ada seorang ibu datang kepada saya dengan anaknya,

“Jiji, ini anak saya umur 6 tahun. Dia ni dah beberapa bulan tak boleh berenggang dengan tab. Dia selalu tengok youtube sampai lewat malam, kalau saya rampas, dia akan mengamuk sampai saya letih dan mengalah. Dan sekarang doktor kata dia memang dah ketagihan screen (tab) dan menghidap severe insomnia. Susah tidur. Kadang-kadang dia tidur 4 jam je sehari. Lepas tu bangun menangis cari tab semula.”

Tak tahu nak cakap apa. Masa saya menatap anak tersebut, tangan dia masih sedang pegang tab.
Saya rasa sebakkkkk sangat.

Sambil menahan air mata, saya nasihatkan puan tu rujuk artikel yang pernah saya share DI SINI dan jumpa pakar psikiatri untuk hilangkan ketagihan anak dia.

gaduh

Tragedi tiga

Masa saya beri talk di PWTC tahun lepas, lepas habis talk, tetiba ada seorang ibu datang kepada saya, juga dengan anaknya. Tak silap saya budak tu baru empat tahun lebih camtu.

Si ibu tu cakap,

“Puan Adlil, anak saya ni memang dah ketagih gajet. Setiap kali waktu makan kena ada youtube kat depan muka, baru dia nak makan. Kalau takde, dia akan mengamuk baling-baling makanan. Tapi bila buka cerita kegemaran dia, dia makan banyak.

Tapi baru-baru ni dia sembelit. Berapa hari tak berak. Dan bila saya bawa pergi jumpa doktor, doktor kata anak saya ada masalah digestive system (sistem penghadaman). Puncanya, bila waktu makan, otak dia terlalu fokus pada gajet, sampai dia tak tahu / tak boleh sense bila perut dia kenyang. So doktor kata, dia sebenarnya makan terlalu banyak dalam satu masa, dan melebihi had makanan yang sepatutnya diambil.”

Lepas saya dengar kisah ni, terus saya cakap dalam hati, pergh sampai macam tu sekali?

Yes, sampai macam tu sekali screen exposure ni boleh buat pada anak-anak. Mungkin tak logik bagi kita yang tak pernah mengalaminya. Tapi jangan lah sampai dah jadi dekat diri sendiri, baru nak terasa logiknya. Masa tu mungkin dah terlambat.

Sumber : Blogspot.com

Story (dicyduk!)

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending