Connect with us

Berita

25 Buah Negara Tersenarai Sebagai Negara Berisiko Muflis Seperti Sri Lanka

CikKoin

Diterbitkan

pada

Sebelum ini, dunia dikejutkan dengan berita negara Sri Lanka diumumkan muflis pada Mei 2022 selepas Presiden negara itu gagal menguruskan ekonomi dengan baik sehingga mencetuskan tunjuk perasaan secara besar-besaran  oleh rakyatnya sendiri ke Istana Presiden di Colombo.

Menurut laporan statistik oleh Visual Capitalist berdasarkan Analisis Bloomberg, sebanyak 25 buah negara berisiko tinggi akan mengalami muflis akibat hutang yang tidak dilangsaikan dengan negara yang lain.

Difahamkan, bon kerajaan, pertukaran lalai kredit (CDS) lima tahun, perbelanjaan faedah sebagai peratusan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), dan hutang kerajaan sebagai peratusan KDNK adalah metrik yang boleh digunakan untuk membuat jangkaan asas.

Melihat kepada rekod tersebut, negara El Savador berada di kedudukan tertinggi berbanding dengan negara yang lain disebabkan oleh perbelanjaan faedah yang lebih besar dan menangung jumlah hutang kerajaan yang tinggi.

El Salvador mempunyai pembayaran faedah tahunan yang agak tinggi daripada KDNK iaitu 4.9 peratus dan hasil bon kerajaan mencatatkan 31.8 peratus.

Bukan itu sahaja, El Salvador telah mencipta sejarah apabila menjadi negara pertama yang menggunakan bitcoin sebagai medium pembayaran yang sah pada September 2021.

Susulan itu, negara itu mengalami kejatuhan harga mata wang kripto, terutamanya bitcoin dan telah membelanjakan lebih AS$100 juta dana awam untuk membeli 2,300 bitcoin.

Bagaimanapun, lebih daripada 50 peratus nilai pelaburan telah jatuh dengan drastik bersama-sama dengan penurunan harga kripto dan dimaklumkan, aset bitcoin El Salvador hanya berbaki AS$44.6 juta.

Selain El Salvador, negara Ghana yang berada pada tempat kedua telah memungut hasil bon kerajaan sebanyak 17.1 peratus manakala menanggung hutang kerajaan sebanyak 84.6 peratus daripada KDNK.

Mexico yang berada di kedudukan paling bawah mencatatkan hutang kerajaan sebanyak 58.4 peratus dan pembayaran faedah tahunan adalah 4.5 peratus.

Sumber: Visual Capitalist

Facebook Comments

Trending