Infozon
15 Passport Paling Berkuasa Di Dunia Bagi Tahun 2016, Malaysia Tersenarai
Index terbaru bagi senarai passport paling berkuasa di dunia bagi tahun 2016 baru saja dikeluarkan oleh firma Henley & Partners.
Menurut Henley & Partners Visa Restrictions Index yang dikeluarkan pada 24 Februari lepas, Jerman merupakan negara yang memiliki passport paling berpengaruh di mana pemegang passport negara ini memiliki visa free accessdi 177 buah negara.
Indeks ini telah menyenaraikan 199 buah negara (daripada 218 negara) yang mampu memberikan kebebasan untuk travel kepada warga mereka berdasarkan data yang dikeluarkan oleh International Air Transport Association (IATA).
Menurut index tersebut juga, IATA merupakan pemegang terbesar data bagi informasi travel dunia (‘the world’s largest database of travel information’).
Point yang diberikan adalah berdasarkan jumlah negara yang boleh dikunjungi dan dilawati bagi rakyat sesebuah negara berdasarkan peraturan visa yang berkuatkuasa pada 1 Januari 2016, termasuk peraturan visa sementara.
Selepas Jerman, Sweden berada di kedudukan nombor 2 dengan visa free access ke 176 negara.
United Kingdom yang pernah berada di tangga teratas pada tahun 2013 dan 2015 telah jatuh ke tangga ke 3 bagi tahun ini, berkongsi bersama Finland, Perancis, Itali dan Sepanyol iaitu 175 buah negara.
USA jatuh ke tempat ke 4 (daripada tempat ke 2 pada tahun lepas), berada bersama Belgium, Denmark dan Netherlands yang mana visa free accessadalah sebanyak 174 buah negara.
Passport Malaysia berada di tangga ke 12 berkongsi dengan Liechtenstein dan Slovenia, dengan free access visa ke 164 buah negara. Manakala no 11 adalah passport dimiliki oleh Slovakia sebanyak 165 negara.
Bagi negara dengan akses tanpa visa ke negara lain paling terhad, Afghanistan berada di kedudukan paling bawah iaitu di ranking ke 104, dengan akses ke 25 negara sahaja.
Pakistan berada di kedudukan ke-2 paling terhad dengan kebenaran masuk tanpa visa ke 29 negara dan Iraq berada di nombor 3 paling bawah, terhad kepada 30 negara sahaja.
Berikut merupakan senarai 15 negara teratas yang memiliki passport paling berkuasa di dunia bagi tahun 2016:
Ranking, negara, visa-free access
1. German, 177
2. Sweden, 176
3. Finland, Perancis, Itali, Spanyol, United Kingdom, 175
4. Belgium, Denmark, Netherlands, United States, 174
5. Austria, Jepun, Singapura, 173
6. Canada, Republik Ireland, Korea Selatan, Luxembourg, Norway, Portugal, Switzerland, 172
7. Greece, New Zealand, 171
8. Australia, 169
9. Malta, 168
10. Hungary, Czech Republic, Iceland, 167
11. Slovakia, 165
12. Malaysia, Liechtenstein, Slovenia, 164
13. Latvia, 163
14. Estonia, Lithuania, 162
15. Poland, 161
Sumber : TheVocket

-
WOW12 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF1 year ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon1 year ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi12 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF1 year ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit