Baru-baru ini, tular di media sosial berkenaan satu video menunjukkan wanita berdiri diatas Menara 118. Perkara tersebut heboh kerana ramai mempersoalkan mengapa dia boleh memanjat menara terbabit yang pastinya belum dibuka kepada orang ramai.
Bangga panjat Menara 118
Wanita terbabit dan pasangannya dikatakan berkongsi video berkenaan di Twitter dan mengatakan sudah lama menantikan momen tersebut. Dia juga memuji keindahan Kuala Lumpur dari ata bangunan tertinggi di Malaysia itu.
Gm❤️
It’s the most awesome building I have visited so far, and Kuala Lumpur is an amazing city, especially with this view😍 An honor for me to be there, I have dreamt about it for such a long time!
So happy and grateful to be able to witness this level of beauty🥰#KatoKrew pic.twitter.com/GmfvhqhzWo
— Angela Nikolau (@AngelaNikolau_) December 29, 2022
Cerita kronologi pendakian
Tindakannya yang boleh lolos dari kawalan keselamatan yang ada di menara tersebut telah menjadi perdebatan ramai dan pihak berkuasa juga dengan serta merta melakukan siasatan berhubung tindakan berani itu yang dianggap satu jenayah.
Namun begitu, menerusi perkongsian terbarunya di laman Twitter, warganegara Rusia yang dikenali sebagai Angela Nikolau telah bercerita bagaimana caranya dia boleh terlepas dari sebarang kawalan keselamatan dari menara tersebut.
Dah prepare sejak beberapa minggu
Pada awalnya dia mengatakan telah menyewa apartment yang menunjukan pemandangan menara tersebut dan mengambil waktu beberapa minggu untuk mendapatkan makluman sebelum memanjatnya.
Pakai hijab menyamar sebagai pekerja
Jadi, dia telah menyamar dengan memakai hijab dan cermin mata besar beserta uniform pekerja bangunan bagi menyusup masuk ke dalam Menara 118.
Pura2 sebagai pekerja bangunan
Elak menangis bimbang kena tahan
Menurut Angela lagi, ada waktu yang dia berasa takut identitinya hampir diketahui namun cuba bertenang dengan tidak menangis kerana bimbang pekerja bangunan berhampirannya terdengar.
Hampir putus asa
Ujarnya, dia sebenarnya hampir berputus asa namun tetap kuatkan semangat untuk bertahan serta berdiri walaupun beberapa jam tidak dapat bergerak.
Bawa 15kg beban
Angela memberitahu dia yang memanjat menara setinggi 53 tingkat itu turut memakai memakai beg galas seberat 15 kilogram.
“Saya tidak pasti saya mendakinya jika saya tahu betapa tingginya menara itu. Selepas saya selesai mendaki, saya tidak merasakan lengan saya dan tidak dapat mengangkatnya,” katanya
Bagaimanapun, dia berkata, semangatnya meningkat semula sebaik melihat pemandangan menara tersebut.
Pemandangan sangat cantik
Walaupun menjangkakan pada awalnya pemandangan berkabus, namun dia bernasib baik kerana mendapat pemandangan yang cukup cantik.
Dia akui pendakian tersebut adalah antara yang paling sukar namun berpuas hati dengan pencapaian yang dilakukannya.
Angela juga menyatakan dia akan memuat naik Non-Fungible Token (NFT) khusus untuk Menara Merdeka 118 pada esok.
Terdahulu, pihak polis telah menerima satu laporan daripada pihak pengurusan Menara Merdeka 118 untuk tindakan lanjut mengenai kes pencerobohan pasangan dari Rusia yang dipercayai memanjat menara terbabit pada 29 Disember 2022.
PNB Merdeka Ventures Sdn Berhad (PMVSB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa berhubung tindakan pasangan yang memanjat ke puncak Menara Merdeka 118.
Sumber: Twitter @AngelaNokolau